Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Lelaki Tangan Kudung &...

GEORGE TOWN - Seorang lelaki yang kudung tangan kanannya dan seorang jurujual didakwa...

Bot Bawa Pendatang Karam,...

KALAMATA - Beratus-ratus pendatang lemas selepas bot mereka naiki karam di Mediterranean, namun...

Rokok NAIK HARGA Lagi...

Rasa macam baru lagi harga rokok dinaikkan pada September tahun lepas tapi sekali...

LIMA’17: PM Terima Kunjungan...

LANGKAWI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan...

Ajal 3 Motosikal ‘Terbang’ Masuk Parit

Melaka : Seorang maut manakala dua cedera sejurus tiga motosikal ditunggangi mereka terbabas dan jatuh ke dalam parit dalam pembinaan di Jalan Bukit Katil di sini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Mohamad Hamdan Sudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.49 pagi tadi sebelum sembilan pegawai dan anggota bomba dikejarkan ke lokasi untuk operasi menyelamat.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati tiga motosikal terbabas ke dalam parit yang sedang dalam pembinaan.


“Kami berjaya mengeluarkan tiga mangsa yang terjatuh di dalam parit sebelum pegawai perubatan mengesahkan salah seorang mangsa berusia 20 tahun meninggal dunia dan dua lagi mangsa berusia 21 dan 50 tahun cedera.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

-Harian Metro

  • Lagi berita berkaitan:
  • Parit

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori