Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

DAP Sarawak Sedia Dapatkan...

KUCHING - DAP Sarawak sedia untuk bekerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi...

Kerajaan Terima RM4.25 Juta...

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini menerima sumbangan bernilai RM4.25 juta daripada lima...

APMM Tahan Kapal Dagang...

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 menahan sebuah kapal...

Sadis..14 Kucing Kebuluran Hingga...

SEORANG wanita berusia 43 tahun di Australia bertindak mengurung 14 ekor kucing dan...

Bekas Pengerusi PKM, Abdullah CD Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Abdullah CD atau nama sebenarnya Che Dat Anjang Abdullah meninggal dunia hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Allahyarham yang berasal dari Lambor Kanan, Parit, Perak meninggal dunia jam 9.29 pagi tadi, waktu Thailand pada usia 101 tahun.

Berita kematiannya dikongsikan pelbagai pihak menerusi media sosial hari ini, antaranya bekas pejuang pembebasan Tanah Melayu yang terbabit dalam PKM.

“Bekas Pengerusi PKM dan pengasas pasukan Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya, telah kembali ke rahmatullah pada pukul 9.29 pagi ini di Kampung Perdamaian Sukhirin, Wilayah Narathiwat pada umur 100 tahun 3 bulan,” katanya.


Abdullah menyertai PKM pada 1948 dan terbabit dalam gerakan kemerdekaan Tanah Melayu bagi menentang penjajahan British.

Pada 2013, isteri Abdullah, Suriani Abdullah meninggal dunia di kediaman mereka di Narathiwat Thailand.

Difahamkan, Allahyarham memiliki seorang anak perempuan bernama Karisma.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori