Tuesday, September 17, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Boleh Ambil Alih...

PETALING JAYA - Terma lebih baik perlu dirunding dalam proses mengambil alih empat...

Perbanyakkan Dasar, Program Pulih...

PEKAN - Jabatan Perhutanan Pahang diarahkan untuk memperbanyakkan dasar dan program berkaitan pemuliharaan...

Nelayan Maut Selepas Bot...

KUCHING - Seorang nelayan maut selepas bot yang dinaiki bersama-sama cucunya karam dipukul...

Dewan Negara: Tiada Sekatan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan menyekat sebarang program debat berkaitan agama selagi...

Cam Mayat Bapa Berdasar Ciri Istimewa Pada Tubuh

TAWAU: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu proses pengecaman mayat pemandu e-hailing, Nurman Bakaratu, 61, yang mati dibunuh berdasarkan ciri-ciri istimewa pada tubuh badan si mati.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkara itu dimaklumkan oleh saksi keenam, Mohd Norazrie Nurman, 36, yang juga anak kepada mangsa, ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Fakhrurrazi Ahmad pada prosiding hari kedua, hari ini.

Beliau memberi keterangan itu dalam prosiding perbicaraan kes bunuh pemandu e-hailing membabitkan bekas Ketua Perisikan ESSCOM, Senior Asisten Komisioner Datuk Mat Zaki Md Zain, 58, bersama tujuh yang lain di Mahkamah Tinggi, hari ini.

Tertuduh yang lain adalah lima anggota polis iaitu Rosdi Rastam, 45; Denis Anit, 45; Fabian Rungam, 44; Khairul Azman Bakar, 47; Mohd Azlan Sakaran, 40 dan John Kennedy Sanggah, 44, serta seorang awam, Vivien Fabian, 34.

Rosdi, Denis, Fabian, Khairul Azman, Mohd Azlan, Kennedy dan Vivien didakwa membunuh Nurman di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Baru 5 di sini antara 7.30 malam hingga 11.30 malam mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mat Zaki, pula berdepan dua pertuduhan, iaitu bersubahat membunuh Nurman mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.


Menurut Mohd Norazrie, beliau diminta hadir ke Jabatan Forensik Hospital Tawau bagi tujuan pengecaman mayat.

“Saya dibawa oleh pakar perubatan (nama tidak ingat) ke bilik mayat dan nampak satu jenazah, namun pada mula tidak cam kerana mayat dalam keadaan sudah kembung.

“Bagaimanapun, terdapat ciri istimewa pada tubuh badan bapa, iaitu ibu jari kaki kanan terdapat kerosakan pada hujungnya,” katanya.

Mohd Norazrie turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa bapanya hanya mempunyai satu buah pinggang dan perkara itu turut disahkan oleh doktor pakar bedah selepas proses bedah siasat selesai dijalankan.

Perbicaraan didengar di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol bersambung esok.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori