Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Tiada Elemen Keganasan Kapal...

PUTRAJAYA - Tiada elemen yang boleh dikaitkan dengan aktiviti keganasan dalam kes penahanan...

K’jaan Ambil Berat Kebajikan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan amat menitikberatkan kebajikan warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda)...

Lagi Kritikan Isu Lesen...

Seorang lagi pemimpin pembangkang mempersoalkan kekurangan pemberian lesen bank digital kepada syarikat bumiputera.Ikuti...

Cuaca Panas Tahap 1...

KUALA LUMPUR : Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas dan Kuala Krai di Kelantan...

‘Cukup Sudah Jumlah SD, Tunggu Hari Sahaja’ – Sanusi

Kuala Nerang: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa Perikatan Nasional (PN) sudah mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang cukup untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu bagaimanapun, tidak memaklumkan secara terperinci mengenai perkara berkenaan termasuk jumlah SD yang diperolehi.

“Cukup sudah (jumlah SD) semua, tunggu hari sahaja,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap di Dewan Tunku Putra di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai SD bagi menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Semalam, media melaporkan Pejabat Ketua Pembangkang menafikan dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan kepada 118 Ahli Parlimen gabungan itu untuk datang menghadap baginda bersama akuan bersumpah masing-masing.

Kenyataan yang didakwa dikeluarkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin seperti yang ditularkan di media sosial juga adalah palsu.

Bagaimanapun, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menegaskan ‘Langkah Dubai’ tidak akan memberikan kesan kepada Kerajaan Perpaduan.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori