Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tindakan Tegas Terhadap Peniaga...

KOTA BAHARU - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan...

Diskaun Tol 3 Lebuh...

KUALA LUMPUR - Lebih 452,000 pengguna di tiga lebuh raya iaitu Lebuh Raya...

Padah Foto Anak Kiram,...

KOTA KINABALU - Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Japiril Suhaimin meminta kerajaan...

Kan Dah Kena Denda...

PETALING JAYA - Seorang kontraktor yang memuat naik status tidak puas hatinya terhadap...

Dr Mahathir Beri Keterangan Kepada Polis

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selesai memberi keterangan kepada polis pada jam 4.04 petang tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Proses mengambil keterangan Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana oleh tiga pegawai polis itu berlangsung kira-kira satu jam.

Polis mengambil keterangan Dr Mahathir berhubung dengan kenyataan dikeluarkan oleh bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkait masyarakat India di negara ini yang masih tidak setia sepenuhnya kepada Malaysia.

Terdahulu, kenderaan yang membawa Dr Mahathir dilihat tiba memasuki halaman Yayasan Kepimpinan Perdana pada jam 2.37 petang.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Dr Mahathir dalam satu temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit di India, mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih ‘terikat’ dengan negara asal mereka.


Kenyataan Dr Mahathir itu dikritik beberapa pemimpin politik termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan aktivis di Malaysia.

Anwar sebelum ini mengecam dan menyifatkan kenyataan Dr Mahathir itu sebagai tidak bertanggungjawab.

“Beliau diketahui mengeluarkan kenyataan sedemikian. Baginya, semua orang Melayu malas, kecuali dirinya sendiri dan orang India dan Cina Malaysia tidak setia, melainkan jika mereka adalah kroninya,” katanya seperti dilaporkan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori