Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Logo Halal Baharu Hanya...

PASIR SALAK - Malaysia tidak memerlukan logo halal baharu untuk memasarkan produk Muslim...

KPM Umum Berita Gembira...

MELAKA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan beberapa berita baik buat warga...

Jun Hao Muncul Juara...

KUALA LUMPUR - Pemain badminton remaja negara, Leong Jun Hao muncul juara perseorangan...

Dana Pembangkang Turun Dari...

TELAHAN sesetengah pihak tentang dana yang didepositkan ke akaun milik Perdana Menteri, Datuk...

Guru Didenda RM5,800 Sebabkan Kemalangan Mengorbankan Remaja

Muar: Guru didenda sebanyak RM5,800 selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian seorang remaja dalam kemalangan jalan raya, enam tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mohd Nor Fazli Rashid, 43, yang berhadapan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut pertuduhan itu, dia didakwa memandu kurang cermat hingga menyebabkan kemalangan terhadap pengguna jalan raya lain pada 2.15 petang, 18 Mei 2018.

Berdasarkan fakta kes, kemalangan berlaku di Jalan Parit Limbong dekat ini membabitkan tiga kenderaan termasuk kereta dipandu tertuduh.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan dipandu tertuduh dalam perjalanan dari Pontian ke bandar ini, hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal ditunggang remaja terbabit yang berusia 18 tahun ketika itu.


Siasatan polis mendapati tertuduh didakwa memandu secara melulu dan merbahaya hingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Arif Marzuki, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh dalam rayuannya memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan kerana perlu menanggung anak masih bersekolah.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM5,800 terhadap tertuduh.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori