Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

32 Warga Asing Ditahan...

MELAKA - Sebanyak 32 warga asing termasuk lapan wanita ditahan dalam operasi bersepadu...

Pekerja Bank Ditahan Bantu...

MUAR - Polis berjaya menahan seorang wanita yang merupakan pekerja sebuah bank di...

Suami Isteri Ditahan Kes...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang jurutera sebuah syarikat...

Polis Edar 1,500 Cawan...

GUA MUSANG - Polis mengedarkan 1,500 cawan kopi kepada perantau yang dalam perjalanan...

‘Haikal Didakwa Bunuh Bella’

BATU PAHAT: Teman lelaki kepada Bella atau nama sebenar Mila Sharmila Samsusah didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh wanita itu, bulan lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh Mohammad Haikal Mahfuz, 24, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Asidah A Rahman namun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, bekas posmen itu didakwa membunuh Mila Sharmila, 32, antara Jalan Kelapa Barli, Taman Soga sehingga Jalan Parit Besar, di Kampung Parit Besar dan sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Tongkang Pechah.

Kejadian itu berlaku pada jam 11 malam hingga 5 pagi, antara 14 hingga 15 Disember lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun atau tidak melebihi 40 tahun, sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati serta sebatan tidak kurang 12 kali.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid manakala tertuduh diwakili Syahril Anuar.

Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 19 Februari depan untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen dan laporan perubatan.

Terdahulu, Mohammad Haikal tiba di mahkamah pada jam 8.20 pagi dengan kawalan ketat pasukan keselamatan.

Turut kelihatan keluarga kedua-dua belah pihak yang menanti di perkarangan Kompleks Mahkamah Batu Pahat bagi mendengar pertuduhan itu.

Mayat Bella ditemui dalam keadaan rangka tidak sempurna di sebuah rumah sewa terbiar pada petang Jumaat lalu, selepas tertuduh dipandu ke lokasi.

Penemuan rangka itu merungkaikan semua misteri kehilangan Bella selepas mangsa didakwa keluar bersama tertuduh pada malam 14 Disember lalu.

Semalam, polis dalam kenyataan media memaklumkan rangka ditemui itu adalah Bella selepas ujian DNA dilakukan berpadanan dengan sampel diambil daripada ibu dan kakak Bella.

Berikut adalah kronologi kehilangan Bella

14 Disember 2023 – Mila Shamila Samsusah atau Bella memberitahu mahu ke dobi di Simpang Rantai, Batu Pahat. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Bela keluar ke dobi bersama seorang teman lelaki.


15 Disember 2023 – Kakak Bella membuat panggilan melalui WhatsApp tetapi gagal. Kakaknya kemudian mendapat tahu Bella ditinggalkan tepi jalan selepas bergaduh dengan teman lelaki.

16 Disember 2023 – Laporan polis pertama berhubung kehilangan Bella dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat. Polis kemudian mula buat hebahan mengenai kehilangan Bella di media sosial

18 Disember 2023 – Laporan polis kedua mengenai kehilangan Bella dibuat oleh ahli keluarganya di IPD Batu Pahat

23 Disember 2023 – Polis memanggil lima individu untuk membantu siasatan dengan kes masih diklasifikasikan sebagai orang hilang. Polis juga merekodkan keterangan daripada teman lelaki Bella sebanyak dua kali.

10 Januari 2024 – Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan dua lagi individu ditahan bagi membantu kes kehilangan Bella.

15 Januari 2024 – Ibu Bella, Noraini Salleh, 55, bermimpi anaknya dalam kesusahan dengan anggota terikat.

19 Januari 2024 – Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengadakan sidang media mengenai penemuan rangka manusia tidak sempurna di sebuah rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah.

20 Januari 2024 – Ujian DNA ke atas rangka ditemui bagi mengesahkan sama ada ia Bella atau individu lain.

22 Januari 2024 – Kakak Bella, Norhisham memaklumkan telefon bimbit adiknya dijumpai di rumah salah seorang tiga suspek ditahan

23 Januari 2024 – Polis mengesahkan ujian DNA ke atas rangka ditemui sah milik Bella

24 Januari 2024 – Teman lelaki Bella, Mohammad Haikal Mahfuz dituduh membunuh Bella di Mahkamah Majistret Batu Pahat

24 Januari 2024 – Jenazah Bella yang berada di Hospital Sultan Ismail dituntut keluarga sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya, Batu Pahat

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori