Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Thailand Dan Malaysia Bermula...

MELAKA - Musuh tradisi Thailand dan Malaysia bermula dengan langkah kanan dalam kategori...

TLDM Komited Bantu Urus...

LUMUT - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) komited membantu syarikat yang bertanggungjawab menguruskan...

Ini Ke Model Kereta...

Model Kenari Baru Generasi ke-2 Akan Muncul: Perodua hilang dari sebarang khabar berita...

LHDN Tumpu Pada Pengelak...

SUBANG - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada tahun ini akan mengambil langkah...

‘Isi PADU Di PEDi Lebih Mudah’

POKOK SENA – Orang ramai berpendapat mengisi Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) lebih mudah dan cepat berbanding melakukannya sendiri di rumah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pendidik masyarakat tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Kampung Baru Lesong, Khatrun Nada Noh, 52, berkata, bantuan daripada kakitangan PEDi melancarkan proses pengisian maklumatnya di laman sesawang terbabit.

Katanya, capaian internet di premis berkenaan juga lancar selain persekitarannya yang selesa.

“Saya datang jam 12 lebih selepas habis kerja, saya tahu daripada kawan-kawan. Mereka kata boleh isi PADU. Lagipun staf kat PEDi banyak bantu kalau kita tak pandai nak isi,” katanya ketika ditemui di PEDi Bukit Payong di sini pada Khamis.

Menurutnya, penggunaan PADU membantu kerajaan menyalurkan bantuan kepada golongan sasaran dengan lebih tepat tanpa sebarang ketirisan.

“Saya tak pernah dapat sebarang bantuan sebelum ini, mungkin dengan mengisi PADU ini, ada bantuan yang saya layak selepas kerajaan buat tapisan nanti,” katanya.

Rakan sekerjanya, Umi Kalsom Abdullah, 56, berkata, walaupun baru hari ketiga PADU dilancarkan dia tidak terkecuali menjadi antara yang terawal untuk mendaftar.


“Isi awal-awal lebih senang, tak kelam kabut lagipun kawan-kawan beritahu isi di PEDi senang sebab ada staf bantu.

“Kalau seorang diri tak pandai juga, ada orang bantu lebih mudah cuma bawa salinan kad pengenalan isi rumah ke PEDi,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Kedah, Sharliza Saary berkata, sambutan pada hari ketiga pelancaran PADU sangat memberangsangkan dengan beberapa PEDi di Kedah mula menjadi tumpuan orang ramai terutamanya warga emas.

“PEDi beroperasi setiap hari kecuali cuti umum dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Jadi, kita harap penduduk setempat dapat memanfaatkan peluang ini untuk hadir ke PEDi dan mengisi PADU,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia negeri Kedah, Nadia Marzuki berkata, terdapat 15 kaunter PADU dibuka dengan tiga daripadanya di Pejabat Perangkaan di Alor Setar, Sungai Petani dan Langkawi.

“Selebihnya kita buka di PEDi terpilih untuk membantu orang ramai yang mengalami sebarang masalah ketika membuat pendaftaran,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori