Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Rafidah Jawab Tuduhan Bekas...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz dalam satu...

Kami Bukan ‘Pak Turut’...

KUALA LUMPUR - PAS menafikan dakwaan bahawa proses membuat keputusan di dalam parti...

Belum Selesai Isu Ikan,...

ALOR SETAR - Belum selesai lagi dengan isu kenaikan harga ikan, kini pengguna...

Bangsal Buruk Berharga £1...

Ia hanya bangsal buruk yang hanya menunggu masa untuk rebah. Namun tahukah anda...

Istana Negara Buat Laporan Terhadap Che’gubard

Kuala Lumpur: Satu laporan polis dibuat berhubung kenyataan Che’gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin berhubung dakwaan tiga wakil Perikatan Nasional (PN) dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Berdasarkan laporan polis yang tular di media sosial itu, kenyataan dibuat Chegu Bard berhubung tiga wakil parti PN itu adalah tidak tepat.

Laporan berkenaan turut menyatakan bahawa kenyataan dibuat Che’gubard itu disedari menerusi video berdurasi 52 saat di aplikasi TikTok pada 22 Januari lalu kira-kira jam 6 petang di pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, di sini.

Justeru, satu laporan mengenai perkara terbabit dibuat di Balai Polis Travers, di sini 8.35 malam tadi.


Laporan itu dibuat bagi membolehkan polis membuat siasatan lanjut berhubung video terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika dihubungi, hari ini, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung perkara terbabit.

“Siasatan berhubung kes itu dijalankan oleh pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman,” katanya.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori