Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Cadang Tak Tanding Dun...

RAMAI pihak sedia maklum, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memang dikenali dengan sifat lantang...

Syurga Menunggu Mu Anakku,...

BERITA mengenai kematian tragik murid darjah 1, adik Nuri Nadirah Ruslan akibat dipatuk...

Ibu Hamil Tawar Khidmat...

CYBERJAYA - Melihat tambang perkhidmatan e-hailing mencecah RM50 bagi perjalanan dua hala Cyberjaya...

Kos Pokok ‘Ceiba Codatti’...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu menafikan pembelian pokok 'Ceiba Chodatii'...

Kelantan Sokong Pelaksanaan PADU

KOTA BHARU : Kerajaan Kelantan menyokong dan sedia memberi kerjasama kepada Kerajaan Pusat untuk menjayakan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Susulan itu, Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata kerajaan negeri akan menyelaraskan pelaksanaan PADU dengan Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud turut hadir pada majlis pelancaran PADU baru-baru ini.

“Sistem digital ini sebenarnya kita (kerajaan negeri) rancang dan sekarang kita akan cuba menjayakannya. Sekarang orang bercakap semua aktiviti digital dan kita tidak mahu ketinggalan dalam hal ini.

“Justeru, kita akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan. Kita sokong (PADU) cuma kita tengok sehari dua ini ada hal berbangkit berhubung beberapa kelemahan disuarakan beberapa pihak,” katanya selepas Majlis Amanat Tahun Baharu dan Perhimpunan Penjawat Awam 2024 dirasmikan Mohd Nassuruddin di Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Pendaftaran PADU dibuka secara langsung bermula 1 Januari hingga 31 Mac depan bagi membolehkan orang ramai menyemak dan mengemas kini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah serta alamat.


Rakyat berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data mereka di portal PADU menerusi https://padu.gov.my/.

Mohamed Fadzli berkata, data peribadi ini penting dan mesti dijaga dengan baik bagi mengelak ia diakses pihak lain.

“Jika betul data mudah diceboroh, tidak bermakna kita batal (sistem ini) cuma kita kena atasi sebab data peribadi ini penting dan mesti dijaga. Data peribadi (isu mengenainya) sudah berbangkit di Selangor dan ia sensitif.

“Kita minta jika ada kelemahan atasi segera kerana yang mahu dibuat itu sesuatu yang baik dan kita menyokongnya,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori