Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sistem Komputer, Elektrik QZ8501...

JAKARTA — Juruterbang yang mengemudi pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang jatuh di perairan Selat...

Miliki Bahan Daesh Gelandangan...

KUALA LUMPUR – Akibat memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh yang disimpan di...

Covid-19 : 19,090 Kes...

PUTRAJAYA – Jangkitan baharu Covid-19 negara melonjak lagi kepada 19,090 kes hari ini,...

Respon Najib Kepada Tengku...

SEMALAM, Menteri Kewangan PN nafi bahawa nisbah hutang kerajaan kepada KDNK telah mencecah...

Kerajaan Berhasrat Menjadi Negara Hab Umrah Serantau

KUALA LUMPUR : Kerajaan berhasrat menjadikan negara sebagai hab umrah serantau dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai destinasi global terkemuka bagi pengembara Muslim.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata kementeriannya kini bekerjasama rapat dengan Pusat Pelancongan Islam (ITC) dan semua pemain industri pelancongan untuk memperkukuh ekosistem mesra Muslim Malaysia.

Katanya, beberapa inisiatif yang dilakukan oleh ITC, antaranya menerusi kerjasama dengan Malaysian Inbound Chinese Association (MICA) dengan melakukan kunjungan ke Malaysia untuk meneroka pasaran Muslim China disifatkan sebagai langkah terbaik.

“Ini menandakan satu langkah penting ke arah menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama bagi pelancong Islam di China yang mempunyai pasaran sebanyak 30 juta orang Islam.

“Secara tidak langsung, ia bukan saja akan meningkatkan sumbangan ekonomi sektor pelancongan tetapi juga memupuk pertukaran dan persefahaman budaya Malaysia-China sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada 2024,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Seramai 35 imam yang dihormati dari 14 wilayah di China berkunjung ke Malaysia bermula 10 hingga 16 Januari ini dalam lawatan suai kenal, sekali gus menandakan satu langkah penting ke arah meningkatkan pertukaran budaya dan memupuk persefahaman bersama di antara Malaysia dan China.

Tujuan lawatan kumpulan imam yang dianjurkan oleh ITC dan MICA adalah untuk mengenal warisan budaya Malaysia yang kaya, mercu tanda bersejarah dan tradisi, bersama-sama dengan tawaran pelancongan dan hospitaliti mesra Muslim.

Pada masa sama dapat mempromosikan sifat mesra Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama untuk pelancong Muslim.


Sepanjang penginapan mereka, kumpulan imam akan berpeluang melawat Putrajaya, Kuala Lumpur, Melaka, Seremban, Port Dickson, Shah Alam dan Bentong, selain membabitkan diri dengan masyarakat tempatan, merasai keramahan masyarakat dan mendapatkan pandangan secara langsung mengenai gabungan unik budaya dua negara.

Ketua Pengarah ITC, Nizran Noordin, berkata MICA sekian lama memberi perkhidmatan kepada pasaran pelancong China dengan lebih 30 tahun pengalaman.

“Menerusi pengalaman MICA terhadap pasaran dan keutamaan pelancongan, ia memudahkan pembabitan kami dengan masyarakat Islam di sana dan memudahkan usaha untuk memperkenalkan budaya, perayaan, makanan halal dan banyak lagi di Malaysia,” katanya.

Sepanjang empat bulan lalu, ITC turut melaksanakan beberapa inisiatif dalam usaha merealisasikan matlamat untuk meningkatkan daya tarikan Malaysia kepada pelancong Muslim dari China.

Antaranya, seminar Kesedaran Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim (MFTH) yang menghimpunkan pemain industri pelancongan tempatan dan latihan kompetensi MFTH untuk ejen pelancongan.

Selain itu, pelancaran “Malaysia Malay Cultural Tour Packages” di China International Travel Mart di Kunming, China, Latihan Pemandu Pelancong Mesra Muslim (MFTG) dan pelancaran pakej “Ramadan Experience”.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori