Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wak Doyok Tipu Lagi,...

SEBELUM ini, nama Wak Doyok menjadi perhatian pengguna media sosial tempatan selepas memuat...

Orang Luar Jangan Campur...

JOHOR BAHRU - “Mereka yang tiada kaitan dengan Johor jangan sibuk mengucar-kacirkan urusan...

Isteri Merajuk Sampai Ke...

Shah Alam - Perselisihan faham dengan suami dipercayai menjadi punca seorang isteri terjun...

Petisyen Tuntut Lim Kok...

Satu petisyen telah dimulakan oleh seorang individu menggunakan nama Sam Chin yang mendesak Tan Sri Lim Kok Wing (LKW) dan pihak universitinya menurunkan sebuah poster gambar beliau bersama seekor Cheetah dan gambar beliau dikelilingi sejumlah pelajar Afrika berkulit gelap.

KESA FC Digantung, Disingkir Daripada Liga Terengganu

KUALA TERENGGANU: KESA FC yang terbabit dengan insiden pergaduhan dalam Liga Bolasepak Terengganu (TFL) minggu lalu digantung dan disingkirkan daripada pertandingan itu bermula semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu, Datuk Marzuki Sulong berkata, tindakan seterusnya ke atas pasukan, pegawai dan pemain kelab dari Besut itu akan ditentukan kemudian selepas diperhalusi jawatankuasa tatatertib.

Beliau berkata, insiden memalukan itu meninggalkan kesan yang begitu mendalam bukan sahaja dalam arena bola sepak negeri malah juga negara.

“Jawatankuasa Pertandingan yang dipengerusikan saya sendiri sudah bersidang semalam bagi membincangkan bentuk hukuman berkenaan insiden pergaduhan itu.

“Selepas mengambil kira pelbagai aspek dengan merujuk kepada laporan pegawai perlawanan, video pada hari kejadian serta merujuk kepada Peraturan Pertandingan TFL 2023 Perkara 30.5 (Kelakuan ganas/kelakuan tidak tertib) pemain, pegawai dan penonton KESA FC serta Perkara 9.2.5.


“KESA FC gagal mengawal pemain dan pegawainya daripada melakukan tindakan ganas hingga mendatangkan kecederaan parah kepada beberapa pemain dan pegawai pasukan NAG FC dan seterusnya diambil tindakan serius oleh polis yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Bagi mengelak perkara berkenaan berulang kembali dalam pertandingan, jawatankuasa TFL bersetuju sebulat suara memutuskan KESA digantung dan terkeluar daripada pertandingan TFL 2023 berkuat kuasa pada tarikh surat ini berdasarkan kuasa dan peruntukan yang ada dalam manual peraturan TFL 2023.

“Jadi semua perlawanan yang membabitkan KESA tidak akan diambil kira serta perubahan carta kedudukan tanpa membabitkan perlawanan kelab itu,” kata Marzuki.

Jumaat lalu, aksi KESA dengan NAG FC di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak dicemari dengan insiden pergaduhan hingga menyebabkan seorang pegawai pasukan NAG cedera teruk di bahagian muka sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori