Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Robot Angsa Periksa Bahan...

SINGAPURA - Jangan terkeliru jika anda terserempak melihat beberapa ekor angsa berenang tanpa...

Kes Demam Campak Di...

KUANTAN - Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mengesahkan berlaku peningkatan kes demam campak di...

Bapa Tiri Iblis! Rogol...

PETALING JAYA - Seorang penganggur berusia 34 tahun didakwa merogol anak tiri perempuannya,...

Mayat Nur Dhiya Aqilah...

LIPIS - Mayat Nur Dhiya Aqilah Khairul Adli, 6 tahun, yang dipercayai tergelincir...

Lima Fokus Utama KPT Jadi Landasan Hala Tuju 2024

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberi penekanan kepada lima fokus utama bagi landasan hala tuju sepanjang tahun ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, fokus itu adalah Penyediaan Bakat Terbaik Negara; Pengukuhan Ekosistem Penyelidikan dan Inovasi; Pelaksanaan Pendekatan Baharu Program Pemindahan dan Perkongsian Ilmu; Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi dan Pemantapan Ekosistem Pemboleh Daya.

Menurutnya, fokus utama KPT itu jua selari dengan matlamat dan hasrat yang dirangkumkan dalam Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Malaysia 2023-2025.

“Di KPT, kecemerlangan bukan suatu pilihan. Kecemerlangan adalah suatu kemestian. Dalam kerangka gerak kerja berstrategi, seringkali kita mengadaptasi model-model strategi tertentu yang difikirkan mampu membantu melonjak kecemerlangan.

“Namun, yang menjadi kekhuatiran saya adalah gejala “isomorphic mimicry”.

“Kita ingin kelihatan gah, justeru meniru yang lain, namun hakikat esensinya “sifar”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Landasan Hala Tuju KPT 2024 di Universiti Malaya di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Zambry memberitahu, adakalanya KPT ingin mengikut apa yang menjadi amalan terbaik dari kerajaan dan industri lain yang membawa kepada ‘kelihatan berkemampuan’, tetapi hakikat sebenarnya adalah tidak berlaku.

Oleh yang demikian katanya, KPT kembali kepada maqasid dan tujuan-matlamat pendidikan tinggi adalah suatu tuntutan.

“Institusi pendidikan tinggi seharusnya menjadi “custodian of knowledge”, justeru segala tindakan kita perlu berteraskan ilmu, terpandu data dan berbasis pembuktian.

“Hari ini tanggal 12 Januari 2024, bersempena dengan tempoh sebulan genap saya diposisikan sebagai Menteri Pendidikan Tinggi. Betapa ia merupakan suatu amanah besar yang dipikulkan di jemala ini.

“Sejak hari pertama menggalas amanah dan taklifan sebagai Menteri, saya menekuni dan mencermati kesemua dokumen penting khasnya melibatkan strategi dan perangkaan perancangan yang dibangunkan di kementerian ini,” katanya.

Zambry juga berkata, KPT telah menggaris bawah 20 catatan keprihatinan yang dirumuskan sebagai 20 landasan hasil interaksi, perbincangan, dan diskusi dengan pelbagai pihak yang menuju ke arah peningkatan prestasi kecemerlangan pendidikan tinggi negara.

MalaysiaGazette-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori