Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Ayda Jebat Rehat Berlakon,...

NAMANYA dikenali kerana gandingannya dengan Zul Ariffin dalam drama Rindu Awak 200%. Kini,...

Tanam Sikap Semak Dahulu...

SEREMBAN - Generasi muda perlu menanam sikap semak sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum...

Blogger ‘Jerawat’ Kecewa Ditolak...

SEORANG blogger kecantikan yang mempunyai muka berjerawat mendakwa telah dimalukan oleh syarikat kosmetik...

Lelaki Maut Ditikam, Digilis...

LELAKI maut selepas dilanggar dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam dalam satu pergaduhan...

Malaysia Tak Mohon Ekstradisi ‘Raja Dadah’ Ditahan Di Laos

BANGKOK: Pihak berkuasa Malaysia tidak menuntut ekstradisi ke atas ‘Raja Dadah’ warga Malaysia berusia 41 tahun yang ditahan di Laos dan sudah dihantar ke Thailand.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Setiausaha Agung Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB), Phanurat Lukboon, berkata dia tidak akan diekstradisi ke Malaysia kerana tiada waran tangkap terhadapnya di sana.

“Bagaimanapun, polis Malaysia sedang menyoal siasatnya di Bangkok untuk mengumpul maklumat yang boleh membawa kepada rampasan asetnya di Malaysia bernilai 4 bilion baht (kira-kira RM530 juta),” katanya, yang dipetik laporan Bernama.

Lelaki dari Parit Buntar, Perak itu ditahan pada 28 Disember lalu di Vientiane, Laos dan dihantar pulang ke Thailand hari ini.

Phanurat berkata, lelaki itu akan berdepan pendakwaan di Thailand kerana mengedar dadah.

Terdahulu, suspek yang dikawal ketat diterbangkan dari Laos ke Thailand dan dibawa ke ibu pejabat ONCB di Bangkok.

Phanurat berkata, dengan penahanan itu, eksport methamphetamine kristal ke Australia, Taiwan dan Malaysia dijangka susut lebih 40 peratus.

Individu terbabit adalah suspek bagi 11 kes di Thailand, Taiwan dan Malaysia sejak 2018 selain disyaki mendalangi operasi dadah di Segi Tiga Emas.


Beliau berkata, ONCB dan agensi lain yang turut menjalin kerjasama, bertindak merampas aset suspek di Thailand, termasuk sebidang tanah dengan bangunan di Bangkok.

Turut dirampas, dua kondominium di Trat, tiga kapal layar di Chiang Rai, dua buah kereta, tiga motosikal, senjata api, wang tunai, wang simpanan di 10 buah bank dan barangan berharga lain di Chon Buri dengan nilai keseluruhan melebihi 85 juta baht (RM11.27 juta).

Phanurat turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Penyiasatan Jenayah Narkotik Malaysia, Polis Persekutuan Australia dan Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat (AS) atas sokongan dalam perkongsian risikan, latihan serta bantuan penyiasatan dalam kes itu.

Suspek juga dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian dadah di Malaysia, mengedar dari Segi Tiga Emas sejak 2006, beroperasi di seluruh Thailand, Malaysia, China, Singapura dan Laos, malah bekerja dengan pelbagai rangkaian dadah lain.

Polis turut percaya suspek menggunakan Thailand untuk pengubahan wang haram dan sebagai tempat transit menyeludup dadah.

Kumpulan penyiasat memberi tumpuan terhadap suspek berikutan kes dadah besar-besaran pada Jun tahun lalu, apabila 998 kilogram (kg) methamphetamine kristal dirampas dan tujuh individu di wilayah Ratchaburi ditahan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori