Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lapan Sekolah Ditutup Di...

SEBANYAK lapan buah sekolah di empat daerah di Sabah ditutup akibat banjir ekoran...

Hadiah Kejutan Suami Benar-Benar...

BOTOL Wiski kosong, nota dengan kesan koyakan dan sekotak coklat murah, semuanya dibalut...

Biro Politik PKR Terima...

KUALA LUMPUR - Biro Politik PKR menerima keputusan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) bagi...

RM9.6j Baik Pulih 39...

KOTA BHARU : Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 39 klinik daif di seluruh...

Mayat Berulat Ditemui Dalam Kereta

IPOH – Mayat seorang lelaki ditemui berbau busuk dan berulat dalam kereta jenis Proton Wira di sebuah premis di Jalan Pasir Puteh di sini pada Jumaat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, maklumat penemuan mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu diterima pada jam 11.51 pagi.

“Siasatan mendapati mangsa ditemui terbaring di tempat duduk belakang dalam keadaan pintu berkunci dari dalam.

“Mayat dijumpai dalam keadaan lengkap berpakaian, namun pemeriksaan pada badan lelaki itu tidak dapat dilakukan kerana keadaannya telah hitam dan berulat,” katanya di sini.


Menurut beliau, pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan cap jari.

“Bedah siasat akan dijalankan pada Isnin. Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori