Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penuntut UiTM Terjejas Banjir...

JOHOR BHARU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini meminta pelajarnya yang terjejas...

Lebih 1,000 Pendatang Mati...

GENEVA (AFP) - Sekurang-kurangnya 1,000 pendatang mati lemas sepanjang tahun ini, termasuk 200...

Malaysia Terima Jemputan Sertai...

HAMBURG : Malaysia bersetuju secara prinsipnya untuk menyertai Climate Club (Kelab Iklim) iaitu...

‘Projek’ Pelajar Sekolah Di...

KECOH di laman sosial apabila sebuah video memaparkan kelakuan seks sekumpulan pelajar di...

Menteri Agama Akan Bincang Kemungkinan Naikkan Kadar Minimum Pendaftaran Haji

SERDANG: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji (TH) berhubung kemungkinan menaikkan kadar minimum pendaftaran haji selari dengan kos haji semasa.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menterinya, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata cadangan itu sebelum ini sudah dikemukakan kepada TH supaya perubahan dilakukan terutama berkaitan mekanisme pendaftaran haji.

“Isu berkaitan deposit ini ada dibincangkan dengan pengurusan tertinggi (TH). Saya ada sebut perkara ini, mengenai jumlah minimum deposit pendaftaran (sebanyak RM1,300) sahaja ketika ini. Ia membolehkan ramai yang boleh mendaftar haji dan seterusnya mendapat giliran haji masing-masing.

“Saya arahkan kepada pengurusan tertinggi TH untuk adakan perbincangan, bengkel dan sebagainya untuk lihat kembali kemungkinan kita naikkan had minimum (pendaftaran haji) supaya dengan itu, jumlah kos semasa haji turut diambil kira,” katanya kepada pemberita pada Majlis Konvokesyen ke-16 Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Mohd Nizam Yahya dan Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Profesional Baitulmal Sdn Bhd, Dr Yusri Mohamad.

Mohd Na’im mengakui, kos semasa pendaftaran haji iaitu RM1,300 bagi seorang pendeposit terlalu rendah dengan wujud keperluan untuk TH memperhalusi mekanisme pemilihan jemaah haji termasuk aspek kemampuan kewangan mereka.

“Tidak bolehlah jumlah (pendaftaran haji) terlalu rendah, seperti sekarang RM1,300. Ini yang saya katakan kepada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman dan Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, perlu untuk lihat kembali jumlah ini. Insya-Allah kalau ada persetujuan dan perbincangan (lanjut), nanti kita akan umumkan,” katanya.

Semalam, TH mengumumkan kos haji untuk seorang bakal haji Muassasah untuk musim haji 1445H/2024M meningkat 8 peratus kepada RM33,300 berbanding RM30,850 pada tahun lalu.


Sehubungan itu, bayaran haji bagi kumpulan B40 yang kali pertama menunaikan ibadah itu ditetapkan pada RM12,356, RM19,152 bagi kumpulan M40 manakala jemaah T20 perlu membuat bayaran penuh iaitu RM33,300.

Mengulas keluhan jemaah terutama dalam kalangan B40 mengenai bayaran haji yang meningkat kepada RM12,356 berbanding RM10,980 tahun lalu, Mohd Na’im berkata, masyarakat perlu memahami kewajipan haji adalah berasaskan prinsip istito’ah.

“Antara kemampuan yang jelas perlu (diambil kira) adalah berdasarkan prinsip instito’ah.

“Kerajaan dan TH tahun ini sahaja telah membantu melebihi RM20,000 (bantuan kewangan haji) untuk seorang jemaah B40. Ada juga yang masih tidak mampu, mungkin tidak ada bantuan lain seperti sumber kewangan daripada keluarga, walaupun kerajaan sudah berikan bantuan dan mereka hanya perlu bayar RM12,356.

“Disebabkan itu kita sarankan supaya golongan ini untuk tulis (surat) kepada TH untuk buat rayuan bagi penangguhan, supaya boleh pergi pada tahun depan atau sehingga (tahun) yang mereka mampu nanti,” katanya.

Jelasnya, melalui cara itu, hak giliran jemaah haji yang melakukan penangguhan tidak akan terbatal.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori