Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Manifesto PH: P.Pinang Bakal...

JIKA berdasarkan kepada manifesto pakatan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Pulau...

Jumlah Tentera Ditambah Bantu...

KUALA LUMPUR - Jumlah anggota tentera ditambah bagi membantu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)...

Jurugambar Langgar Privasi Rakam...

SEORANG jurugambar mendedahkan dia pernah didakwa melanggar privasi pengasas Facebook, Mark Zuckerberg hanya...

Harga Minyak Turun, Kurangkan...

KOTA BHARU - Penurunan harga petrol dan diesel mengurangkan 10 hingga 11 peratus...

Myvi Lawan Arus, Lima Kenderaan Kemalangan

JOHOR BAHRU: Tindakan sebuah Perodua Myvi yang memandu melawan arus di Kilometer 2.6 Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di sini, menyebabkan kemalangan membabitkan lima kenderaan, tengah malam tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata nahas berlaku pada jam 12.30 tengah malam, selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton yang dipandu lelaki warga tempatan berumur 40 tahun bersama tiga penumpang dari arah utara menghala ke pusat bandar Johor Bahru, gagal mengelak Myvi terbabit.

“Myvi dipandu lelaki tempatan berusia 20-an di lorong kanan secara melawan arus. Ketika pelanggaran, pacuan empat roda terbalik di tengah jalan dan menyebabkan tiga kenderaan lain, Honda City, Toyota Vios dan Audi A3 yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak dan melanggar kereta pacuan dan Myvi yang berada di tengah jalan.


“Akibat pelanggaran ini, pemandu Myvi cedera parah dan masih menerima rawatan di wad zon kuning di Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Raub berkata, pemandu dan penumpang kenderaan lain hanya cedera ringan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori