Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Khai Bahar, Siti Nordiana...

KUALA LUMPUR – Penyanyi Khai Bahar berjaya mengekalkan kemenangan Top Top Meletop bagi...

PM Hulur Sumbangan Kepada...

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada anak...

Syed Saddiq Persoal Kenyataan...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempoersoalkan...

BN Kelantan Tetap Sokong...

Walaupun PAS ditentang rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR), namun, Barisan Nasional (BN)...

NSTB Sahkan Palam Pintu Alaska Airlines Dikilangkan Di Malaysia, Tetapi Bukan Punca

WASHINGTON: Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat (AS) mengesahkan palam pintu Boeing BA 737 MAX 9 yang tercabut ketika penerbangan pesawat Alaska Airlines pada awal bulan ini, dikilangkan di Malaysia.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi NSTB, Jennifer Homendy, berkata bahagian pesawat berkenaan dibuat oleh syarikat Spirit AeoroSystems yang mempunyai kilang di Malaysia.

Beliau berkata, kemudian palam pintu pesawat terbabit dihantar ke kilang pembekal Boeing dekat Wichita, Kansasm, AS sebelum dibawa kereta api ke kilang pembuat pesawat Boeing itu di Renton, Washington.

Mengulas mengenai kejadian yang berlaku awal bulan ini, katanya, masalah palam pintu itu boleh berlaku di mana-mana peringkat, bukan membabitkan peringkat pembuatan sahaja.

Justeru, pihaknya akan menyiasat segenap peringkat merangkumi aspek pengeluaran, pengangkutan, pemasangan dan kemasukan palam pintu ke dalam perkhidmatan serta pemeriksaan kualiti di sepanjang proses terbabit.

“Kami tidak mempunyai sebarang petunjuk di mana berlakunya kesilapan keselamatan.

“Ia boleh berlaku di mana-mana sahaja dan kami bukan hanya menentukan pada peringkat pembuatan sahaja,” katanya memetik laporan Wall Street Journal (WSJ) selepas taklimat tertutup bersama ahli Jawatankuasa Perdagangan Senat AS semalam.


Penerbangan Alaska Airlines yang membawa 177 orang, termasuk anak kapal melakukan pendaratan cemas di Oregon, Amerika Syarikat (AS) pada 5 Januari lalu.

Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Portland kira-kira jam 5 petang waktu tempatan sebelum mendarat semula dengan selamat selepas kru melaporkan isu tekanan, selepas palam pintunya tercabut ketika dalam penerbangan.

Penemuan palam pintu Boeing 737 Max 9 yang tertera tulisan tangan ‘Made In Malaysia’ (Buatan Malaysia), sekali lagi menjadikan Malaysia tumpuan dalam siasatan insiden penerbangan.

Portal berita Oregon Public Broadcasting (OPB) sebelum ini melaporkan pengalaman guru sekolah, Bob Sauer, yang menjumpai palam pintu tercabut dari pesawat Alaska Airlines Boeing 737 MAX 9 pada 5 Januari lalu.

Pintu itu dipercayai tercabut pada altitud 16,000 kaki (4,877 meter) sebelum terjatuh di laman belakang rumah Sauer di pinggir bandar Oregon.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori