Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

160 Pelajar Ditahan Kerana...

Putatan : Seramai 160 pelajar ditahan selepas terbabit pelbagai jenayah di Sabah dari...

Bicara Kes Ustaz Pukul...

KAJANG - Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan 6 dan 7 Feb...

Minta Izin Rompak Kedai,...

ORANG Jepun memang terkenal dengan adab dan sikap sopan santun mereka, tetapi satu...

Takaful Malaysia, Ambank Islamic...

KUALA LUMPUR - Syarikat Takaful Malaysia Bhd memeterai perkongsian bancatakaful strategik dengan AmBank...

Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM218

SHAH ALAM – Seorang lelaki mencetuskan ‘sensasi’ di media sosial apabila dikatakan makan nasi kandar berharga RM218 di sebuah restoran mamak terkenal di Pulau Pinang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

‘Kejayaan’ lelaki itu dikongsikan pentadbir Facebook Nasi Kandar Sulaiman sehingga tular di media sosial.

Difahamkan, lelaki yang berpakaian jersi Arsenal itu mengambil lauk berupa 13 ekor udang, 13 ekor sotong dan lauk sampingan lain seperti dua ketul ayam goreng, telur sotong, telur masin serta bendi.

“RM218, pecah rekod sepanjang masa.

“Seorang makan sampai RM200.

“Fuhh saya sendiri tak sangka.

“Kali pertama orang masuk (ambil) RM200. Amat-amat dahsyat.


“Luar jangkaan orang Penang,” kongsi Nasi Kandar Sulaiman.

Restoran berkenaan juga melampirkan bersama gambar hidangan yang diambil, sebagai bukti pembelian.

Berdasarkan komen pada hantaran tersebut, lelaki berkenaan berjaya menghabisan makanan itu dalam tempoh satu jam tujuh minit.

Hasil tinjauan di Facebook restoran berkenaan, pentadbirnya kerap berkongsi rekod harga hidangan yang diambil pelanggannya.

Sebelum ini, rekod paling mahal adalah RM114.50 oleh seorang lelaki pada Jumaat.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori