Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Laksana Gaji Minimum Berperingkat...

KUALA TERENGGANU - Cadangan kerajaan untuk melaksanakan gaji minimum RM1,500 tepat pada masanya...

Malaysia Mahu Perubahan PBB...

KUALA LUMPUR - Malaysia mahukan penambahbaikkan dan perubahan pada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerana...

VIDEO: Sebijik La! Ariana...

Penyanyi kecil molek, Ariana Grande sememangnya bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian malah...

Hujan Lebat Berterusan Di...

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan membabitkan empat negeri hingga...

Pembangkang Tiada Kekuatan Bawa Usul Undi Tidak Percaya – PM

Pembangkang tidak mempunyai kekuatan untuk meneruskan usaha menumbangkan kerajaan pusat sedia ada dengan memulakan undi tidak percaya di Parlimen, kata Anwar Ibrahim.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Sebaliknya, kata perdana menteri, mereka hanya terus memainkan propaganda untuk menipu penyokong mereka.

“Sudah lama kita tunggu (undi tidak percaya), setahun dah, hari-hari kita tunggu tetapi tiada. Jadi, saya tidak mahu fikir lagi soal itu, saya tidak fikir mereka ada kekuatan untuk bawa (usul undi tidak percaya ke Parlimen).

“Itu tidak lain hanyalah propaganda untuk menipu penyokong-penyokong dia supaya jangan hilang semangat.

“Saya berbeza pendapat, tak mampu hilang semangat. Kalau tak boleh cuba bawa perubahan, dia harus bekerja untuk rakyat kerana akhirnya rakyat yang akan pilih,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), dekat Iskandar Puteri hari ini.


Spekulasi mengenai rancangan untuk menjatuhkan kerajaan timbul selepas Timbalan Pengarah Jabatan Komunikasi Masyarakat (J-KOM) Ismail Yusop mendedahkan tentang Langkah Dubai.

Katanya, rancangan tersebut timbul sewaktu percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk dari pihak kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Susulan itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi turut mengesahkan rancangan berkenaan.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori