Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Upin & Ipin: Keris...

FILEM animasi popular tempatan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal terbitan Les' Copaque...

Pekerja Maut, Rakan Parah...

BUTTERWORTH - Seorang pekerja maut manakala rakannya parah selepas dihempap gulungan besi di...

Mahkamah: SPR Tidak Pernah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak tindakan guaman oleh...

LZS Cari Golongan Asnaf...

PETALING JAYA - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi program Skuad Jejak Kemiskinan menjejaki...

Pengeboman Bali: 2 Rakyat Malaysia Ditahan Di Guantanamo Mengaku Bersalah Bersubahat

Kuala Lumpur : Dua rakyat Malaysia mengaku bersalah pada semalam atas pertuduhan bersubahat dalam insiden pengeboman Bali pada 2002, selepas ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo di Cuba sejak 2006.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

The New York Times melaporkan, Mohammed Farik Amin, 48, dan Mohammed Nazir Lep, 47, didakwa pada 2021 iaitu 18 tahun selepas mereka ditahan di Thailand. Hukuman akan dijatuhkan pada minggu depan.

Kedua-dua defendan ditahan selama bertahun-tahun dalam rangkaian penjara luar negara rahsia Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA).

Pada 2006, mereka dipindahkan ke Teluk Guantanamo untuk menghadapi perbicaraan di mahkamah khas keselamatan negara yang ditubuhkan bekas Presiden AS George W Bush selepas serangan 11 September.

Bagaimanapun, pada Oktober lalu New York Times melaporkan Mohammed Farik dan Mohammed Nazir mencapai persetujuan dengan pendakwa raya di Teluk Guantanamo untuk tuduhan menjadi ‘aksesori’ kepada serangan pengganas di Bali, oleh itu kes berkenaan diasingkan daripada kes Hambali.


Hambali kini menghadapi pertuduhan membunuh, melakukan keganasan dan konspirasi dalam insiden pada 2002 dan 2003 dan jika disabitkan bersalah dia boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Dalam pengakuan mengaku bersalah itu, Mohammed Farik dan Mohammed Nazir bersetuju untuk memberi keterangan terhadap Hambali, bekas pemimpin gerakan Jemaah Islamiyah, menurut laporan itu.

Pada 2018, kedua mereka didakwa dengan sembilan kesalahan yang dikaitkan dengan pengeboman kelab malam di Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 orang dan pengeboman sebuah hotel yang meragut 11 nyawa pada 2003.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori