Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Majlis Keselamatan Ukraine Lulus...

KIEV: Majlis Keselamatan Ukraine telah meluluskan rancangan untuk mengisytiharkan darurat negara sebagai tindak...

Manifesto Pakatan Harapan Lebih...

TUMPAT - Manifesto Pakatan Harapan bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang dilancarkan...

Bakal Hilang Status MP,...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengemukakan...

Janin Bayi Perempuan Dalam...

PUTRAJAYA - Satu janin bayi perempuan ditemui di dalam timbunan sampah di sebuah...

Perintah ICJ ‘Tamatkan Era Israel Bebas Daripada Hukuman’ – PM Palestin

RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh, berkata keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) malam tadi “mengesahkan berakhirnya era Israel bebas daripada hukuman.”

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang diterima Agensi Anadolu sebagai mengulas keputusan ICJ, yang mengarahkan Israel mengambil langkah-langkah untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai (genosid) terhadap rakyat Palestin dan memulihkan situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza.

“Keputusan itu bermakna tamatnya era Israel bebas daripada tindakan undang-undang, dan negara-negara yang menyokong Israel supaya menghentikan sokongan dan bantuan,” katanya.

“Kami mengharapkan keputusan mahkamah turut meliputi gencatan senjata segera, memandangkan penderitaan teruk rakyat kami di wilayah itu, dengan pembunuhan beramai-ramai setiap hari meragut ratusan nyawa, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, selain kebuluran dan penularan wabak penyakit dalam kalangan penduduk yang dikepung di tempat perlindungan,” katanya.

Shtayyeh berkata tindak balas terhadap aduan yang difailkan oleh Afrika Selatan sangat penting kerana ia meletakkan Israel “dalam kandang sebagai penjenayah perang, kali pertama ia berdiri dalam kapasiti itu di hadapan ICJ.”

Beliau berterima kasih kepada Afrika Selatan atas pembentangan dan hujah profesional di mahkamah yang mengutuk Israel atas jenayahnya terhadap rakyat Palestin.

Shtayyeh juga menyatakan harapannya supaya mahkamah meneruskan perbincangannya sehingga keputusan muktamad mengutuk Israel dikeluarkan atas tindakan pembunuhan beramai-ramai dan pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin, tidak pernah berlaku sejak Perang Dunia II.


Perdana menteri itu juga menganggap Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keadaan yang memburukkan lagi bencana kemanusiaan yang dialami oleh rakyat Palestin di wilayah itu.

Beliau menggesa agar tekanan dikenakan ke atas Israel untuk memaksanya menghentikan pencerobohan dan memudahkan kemasukan segera bantuan kemanusiaan dan bekalan bantuan ke wilayah itu.

ICJ pada Jumaat mengarahkan Israel mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, namun tidak mengarahkan gencatan senjata.

Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 26,083 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala 64,487 yang lain cedera.

Serangan Israel telah menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60 peratus infrastruktur di wilayah itu rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori