Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Sukarelawan ‘Friends Of KPDNKK’...

DUNGUN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mahu lebih ramai...

Imigresen P.Pinang Tahan 28...

BUTTERWORTH - Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan 28 warga asing yang bekerja sebagai...

RM43.3 Juta Biayai Program...

MARANG – Kerajaan memperuntukkan RM49.3 juta bagi membiayai Program Susu 1Malaysia yang memberi...

Yakini Kecekapan Polis Kendali...

JOHOR BAHRU - Masyarakat harus yakin terhadap kecekapan polis mengendalikan kes jenayah terancang,...

PM Mahu KPT Beri Lebih Ruang Kepada Universiti

KUALA LUMPUR – Pengurusan universiti perlu diberi lebih ruang dan kelonggaran untuk meneliti program yang lebih baik dalam usaha meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan tinggi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Berikutan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan supaya Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi tempoh sekurang-kurangnya dua tahun untuk universiti dalam negara melakukannya.

Ujar beliau, KPT harus berperanan sebagai penyelaras dasar bagi mengelakkan berlakunya pertindihan kuasa dan fungsi.

“Saya cadang saudara Zambry (Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Kadir) beri ruang kepada pimpinan universiti, KPT harus hanya menyelaraskan mengelakkan pertindihan, permasalahan tetapi beri lebih banyak ruang kepada universiti dan cabar mereka dalam dua tahun melihat program yang lebih baik, kalau tidak kita ubah pimpinan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis Perasmian Wacana Strategi Pendidikan Tinggi di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama Anwar berkata, tenaga pengajar dalam bidang pendidikan tinggi perlu mengutamakan usaha mengangkat martabat dan kualiti generasi muda agar mampu bersaing dengan negara luar.

“Anda semua, pemikir bangsa harus melihat keutamaan mengangkat martabat bangsa, negara dan keutamaan agama.


“Guna ruang untuk perbaiki kelemahan-kelemahan kita, keutamaan adalah mendidik anak-anak kita supaya lima hingga 10 tahun lagi mereka mampu bersaing dengan yakin dengan negara luar,” katanya.

Tambahnya, tindakan yang lebih tegas dan efektif perlu diambil demi memastikan mutu universiti dalam negara berkembang maju seiring dengan perubahan masa.

“Jadi apa yang saya nak gagaskan selain daripada mengakui bahawa ada keperluan untuk melancarkan suatu tindakan lebih tegas dan berat dengan kepesatan baik universiti-universiti,” tambahnya.

Terdahulu, dianggarkan seramai 500 orang peserta hadir wacana tersebut pada hari ini.

Program berkenaan diadakan untuk menyediakan peluang kepada semua pihak berkepentingan dalam landskap pendidikan tinggi khususnya golongan akademia, pengurusan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Awam dan Swasta serta pihak industri yang memberi sumbangan signifikan terhadap pemerkasaan agenda pendidikan tinggi negara.

Sesi wacana yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini turut memberi peluang kepada semua pemegang taruh dalam sektor pendidikan tinggi untuk berkongsi pandangan dan pengalaman masing-masing dengan pucuk pimpinan negara dan kementerian, khususnya untuk merangka strategi dalam mendepani cabaran masa kini dan akan datang.

MalaysiaGazette-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori