Kuala Lumpur: Satu kertas siasatan berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) cuba memberi rasuah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk menggulingkan kerajaan.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Setakat ini empat laporan polis diterima berhubung dakwaan berkenaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Kes masih di peringkat siasatan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan komentar yang boleh mengganggu proses siasatan.
“PDRM turut mengingatkan orang ramai bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap pihak-pihak yang cuba memanipulasi isu-isu sensitif terutama membabitkan kegentaran awam dan keselamatan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
HarianMetro-