Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kereta Curi Diseludup Ke...

BANGKOK - Bukan sekadar dijual di pasaran gelap Thailand, tetapi sindiket kereta curi...

Pakai Gincu Pelik, Aishwarya...

SELEBRITI Bollywood, Aishwarya Rai menerima tohmahan dan kritikan dari peminat terhadap penampilannya pada...

Netizen Kecoh Imej ‘Wajah’...

KOTA KINABALU - Kemunculan imej yang menyerupai 'wajah' pada permukaan puncak St. John...

Pembangunan Menara KL Putra...

KUALA LUMPUR - Pembangunan Menara Pusat Dagangan Dunia KL Putra yang bakal menjadi...

Polis Buru Wanita Curi Gelang Emas Bernilai RM41,000

KUALA PILAH – Polis sedang mengesan seorang wanita yang disyaki mencuri barang kemas bernilai RM41,000 dari sebuah kedai emas di daerah ini, minggu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Gani berkata, kejadian berlaku pada 3 Januari lalu jam 4.05 petang membabitkan suspek wanita, disyaki warga tempatan berusia 30-an.

“Suspek memakai baju berwarna hijau, berseluar hitam, memakai tudung, bercermin mata dan memakai pelitup muka berwarna hitam.

“Dua utas rantai tangan emas seberat 132.75 gram dilarikan suspek bernilai RM41,085,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Ujarnya, kes disiasat di Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

“Pihak polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini memaklumkan kepada polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Ridhuan Rosli di talian 014-6263495 atau 06-4842222.

“Boleh juga salurkannya melalui Pusat Kawalan Daerah IPD Kuala Pilah di talian 06-4842999 atau mana-mana Balai Polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori