Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Netizen ‘Ketawakan’ Polis Bila...

SUDAH menjadi tugas kebiasaan polis mengeluarkan denda kepada mana-mana pengguna yang buat salah,...

147 Sabitkan Kes Pemerdagangan...

PUTRAJAYA - Jumlah sabitan kes pemerdagangan orang pada tahun 2017 meningkat kepada 147...

Barisan Nasional Pilihan Terbaik...

KUALA LUMPUR – Selepas mengharungi tempoh kempen yang singkat serta agak sengit, sebanyak...

Kereta Disamun Sekali Dengan...

KECUAIAN meninggalkan anak di dalam kereta ini sering kali dilaporkan dalam berita, namun...

`Raja Dadah’ Dari Malaysia Ditahan Di Laos

BANGKOK : Seorang warga Malaysia yang dikehendaki di Thailand kerana menyeludup dadah, ditahan ketika operasi bersama pihak berkuasa Thailand dan Laos, minggu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Polis Thailand berkata, warga Malaysia berusia 39 tahun itu, individu yang didakwa pengedar dadah dan ahli penting sindiket dadah bersembunyi di Laos.

Penolong Ketua Polis Negara, Leftenan Jeneral Panurat Lakboon, berkata Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) yang menyiasat lelaki Malaysia itu, mengesyaki dia memainkan peranan penting sebagai orang tengah dan penyelaras dalam perdagangan dadah di kawasan Segitiga Emas sejak 2006.

Beliau berkata, lelaki itu ditahan di Laos pada Jumaat lalu.

“Suspek bekerjasama dengan rangkaian dadah di seluruh Thailand, Malaysia, China, Singapura dan Laos.

“Dia juga menggunakan Thailand untuk pengubahan wang haram dan sebagai tempat transit bagi penyeludupan dadah, termasuk ke negara ketiga seperti Malaysia, Taiwan dan Australia.


“Penangkapan itu adalah hasil siasatan berterusan dan penyelarasan rapat antara agensi penguatkuasaan Thailand, Malaysia dan Laos,” katanya dalam satu kenyataan.

Panurat berkata, penyiasat mengenal pasti lelaki itu sebagai suspek utama di sebalik kes dadah terbesar pada Jun tahun lalu, membabitkan rampasan 998 kilogram (kg) kristal methamphetamine dan penahanan tujuh suspek di wilayah Ratchaburi.

Waran tangkap kemudian dikeluarkan terhadap suspek pada Ogos tahun sama.

Pihak berkuasa Thailand, kemudian merampas aset mewah lelaki itu termasuk sebidang tanah dengan bangunan, dua kondominium, tiga kapal layar, dua kereta, tiga motosikal, senjata api, wang tunai dan barang berharga lain, yang berada di seluruh Bangkok, Trat, Chiang Rai dan Chon Buri.

Jumlah anggaran nilai aset yang dirampas adalah 85 juta baht (RM11.4 juta).

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori