SEREMBAN : Remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang warga emas di Rantau, dekat sini, dua minggu lalu.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Remaja lelaki berusia 17 tahun itu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.
Dia dituduh membunuh Muhammad Zahid Nagappan, 74, di sebuah rumah di Kampung Pasir, Jalan Siliau, Rantau, antara jam lebih kurang 11.30 malam pada 3 Januari hingga kira-kira jam 10 pagi 4 Januari.
Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. Bagaimanapun tidak pengakuan direkodkan pada prosiding hari ini.
Pendawaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M Pusppa yang tidak menawarkan jaminan kerana membabitkan kes bunuh, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah kemudian menetapkan 18 Mac untuk sebutan semula kes.
-Berita Harian