Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Saintis Berhasil Tanam Sayur...

UNIK… Para saintis dari Neumayer Station III yang kini tinggal di Antartika, berjaya...

Video: Bapa Tiri ‘Syaitan’...

BAGAIKAN tiada kasih sayang mahupun erti kemanusiaan, seorang lelaki tergamak menendang dan menyepak...

Padah Kutip Bola Golf...

KOTA KINABALU - Akibat menceroboh masuk ke kawasan larangan untuk mengambil bola golf,...

Sivasangari Mara Ke Separuh...

KUALA LUMPUR - Hanya S. Sivasangari meneruskan cabaran wanita negara dalam pusingan separuh...

Ribut Petir, Hujan Lebat, Angin Kencang Diramal Melanda 4 Negeri

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di empat negeri termasuk Sabah sehingga jam 6 petang ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran berkata ia diramal berlaku di Jasin di Melaka selain Kuala Pilah, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.

Katanya, cuaca sama turut diramal di kawasan Tangkak dan Muar di Johor.

“Ramalan cuaca sama turut dikeluarkan bagi Pantai Barat (Putatan, Penampang, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid) dan Kudat (Kota Marudu) di Sabah.


“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu keluaran,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori