Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Donald Trump Gelar Penyampai...

WASHINGTON - Pertelingkahan antara Donald Trump danƃā€šĆ‚Ā Fox News, semakin memuncak berikutan penggunaan perkataan...

Dr Dzulkefly Sedia Galas...

Kuala Selangor : Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bersedia...

Liza HotFM Akhiri Zaman...

Penyampai stesen radio popularƃā€šĆ‚Ā HotFM, Khairu Norliza Khairudin atau Liza, menamatkan zaman bujangnya bersama...

Najib Minta Penjawat Awam...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta penjawat awam mentaati...

Sektor Perladangan Getah Perlukan 80,000 Pekerja

Kira-kira 80,000 pekerja diperlukan dalam sektor perladangan getah bagi menampung keperluan di kira-kira 420,000 hektar ladang getah milik pekebun kecil, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

“Ada kira-kira 420,000 hektar ladang getah yang tak boleh ditoreh sebab tak ada pekerja, jadi ini adalah satu isu.

ā€œKalau ikut perkiraan, satu setengah hektar memerlukan seorang pekerja. Jadi kita perlukan antara 70,000 dan 80,000 pekerja,ā€ katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Kementerian Perladangan dan Komoditi di Putrajaya hari ini.

Pada 29 Dis lepas, Johari dilaporkan berkata negara telah kehilangan sebanyak RM2.3 bilion nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) susulan 420,000 hektar ladang getah milik pekebun kecil tidak diusahakan kerana kekurangan sumber tenaga kerja.

Beliau berkata dalam tempoh 10 tahun lepas, trend pengeluaran produk getah mencatatkan penurunan yang dikenal pasti berpunca daripada beberapa masalah antaranya kekurangan tenaga kerja, kos pengeluaran yang tinggi dan saiz pegangan kebun tidak ekonomik.


ā€œSituasi ini akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara sekiranya tiada langkah mitigasi dilaksanakan oleh kerajaan,ā€ katanya.

Johari turut menekankan aspek kebajikan golongan pekerja termasuk pekerja asing dengan menggesa majikan sektor perladangan agar menyediakan kemudahan penginapan yang sempurna kepada golongan itu.

ā€œIni akan beri kesan kepada penarafan dan pensijilan kepada produk yang kita eksport. Perkara ini perlu dititikberatkan, barulah orang akan beli produk negara kita sebab mereka tahu kita mematuhi segalanya,ā€ katanya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori