Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Hanis Zalikha Tak Mahu...

SEPERTI yang semua tahu, kisah hubungan cinta di antara pelakon Hairul Azreen dan...

Pengedar Bungkus Dadah Dalam...

PENDANG - Polis menahan seorang penganggur dan merampas dadah bernilai RM1,700 dalam serbuan...

Lapor Anak Dilanggar Lori,...

PETALING JAYA: Tindakan seorang wanita berpakat dengan teman lelakinya untuk membuat laporan polis...

Tarif Elektrik Sedang Dikaji,...

KEMENTERIAN  Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) melalui agensi Suruhanjaya Tenaga dan syarikat...

Siasat Dakwaan Rasuah RM1 Bilion PN Untuk Jatuhkan Kerajaan

PETALING JAYA: Seorang Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN) terbabit dalam cubaan merasuah individu berpengaruh dan Ahli Parlimen untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dakwaan itu yang disiarkan sebuah blog mendakwa pemimpin PN yang juga seorang Ahli Parlimen, telah menyediakan dana sejumlah RM1 bilion untuk memberi rasuah kepada Ahli Parlimen kerajaan agar menarik balik sokongan terhadap perdana menteri.

“Kami berharap polis boleh menyiasat jika ini benar,” kata Datuk Azman Abidin, setiausaha politik kepada perdana menteri, kepada FMT semalam.

“Orang ramai sudah muak (dengan spekulasi tentang usaha menjatuhkan kerajaan ini). Kerajaan sedang bekerja keras untuk merangsang pemulihan ekonomi.”


FMT telah mencuba menghubungi pemimpin PN untuk mendapatkan komen.

Sebelum ini, spekulasi muncul mengenai “Langkah Dubai” yang merujuk kepada perbincangan yang didakwa berlaku di Emiriah Arab Bersatu antara pemimpin pembangkang dan wakil kerajaan tertentu untuk menjatuhkan pentadbiran Anwar.

Pertemuan itu yang tidak begitu diberi perhatian oleh Anwar dan pemimpin kerajaan lain, dikatakan bertujuan mengagihkan tugas dalam kalangan ejen untuk mengenal pasti Ahli Parlimen yang akan menyertai pembangkang.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori