Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Tagih Kerusi Bukti PAN...

PENGERUSI PAN Selangor, Izham Hashim dalam satu kenyataan baru-baru ini menuntut tiga lagi...

KPT Menyalurkan RM300 Juta...

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Tinggi menyalurkan RM300 juta untuk pembayaran kepada 1.2...

Mohd Irwan Dibawa Ke...

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar, dibawa...

Tsai Ing-wen Jadi Presiden...

TAIPEI - Calon parti pembangkang utama Taiwan, Tsai Ing-wen bakal menjadi Presiden wanita...

STR Fasa 1 Dibayar Hari Ini, Kadar Naik Lebih 66 Peratus

KUALA LUMPUR : Bayaran maksimum isi rumah bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 Fasa 1, yang mula disalurkan hari ini, meningkat lebih 66 peratus iaitu daripada RM300 pada tahun lalu kepada RM500 pada kali ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata peningkatan itu dibuat susulan keprihatinan Kerajaan MADANI dengan kenaikan harga barang yang membelenggu sebilangan besar rakyat kini.

“Saya akur bahawa kesulitan kenaikan harga barang merupakan masalah utama yang membelenggu sebilangan besar rakyat. Hatta, saya berharap peningkatan bayaran yang ketara ini dapat meringankan beban kalian.

“Kerajaan MADANI beriltizam untuk memberi rakyat sejagat kehidupan yang bermaruah. Kunci kestabilan negara terletak kepada kesaksamaan dan keadilan sosial seperti yang didamba dalam kerangka Ekonomi Madani.

“Saya berharap penerima-penerima STR Fasa 1 ini dapat memanfaatkan sebaiknya bantuan ini,” katanya melalui kenyataan, di media sosial, hari ini.


Jumaat lalu, Kementerian Kewangan mengumumkan pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.2 juta penerima, yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat, mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Menurut MOF, kerajaan menaikkan bayaran STR Fasa 1 kepada RM500 bagi penerima kategori isi rumah, berbanding bayaran maksimum RM300 pada tahun lepas, bagi membantu sebilangan besar rakyat menangani kesan peningkatan kos sara hidup.

Kementerian itu memberitahu penerima daripada kategori isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM500 melalui pembayaran STR fasa satu, manakala isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 layak menerima RM100 hingga RM300.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori