Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Malaysia Akan Bantu Palestin...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menghantar sumbangan kepada Palestin bagi membantu usaha negara...

Rakyat Hadapi Tahun 2014...

KUALA LUMPUR - "Tahun 2014 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran bagi...

Ammar Titan Tamat Zaman...

KATA orang, kalau sudah jodoh pasti tidak akan ke mana. Pernah melalui fasa putus...

Tindakan 14 Ketua Bahagian...

PUTRAJAYA - Tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap 14 Ketua Bahagian UMNO Kedah...

Tanah Runtuh Cameron Highlands: Mayat Ditindih Pokok, Kepala Parah

CAMERON HIGHLANDS: Mayat pertama insiden tanah runtuh di Kampung Raja, Blue Valley, di sini ditemukan dalam keadaan kepalanya parah dan kaki tersangkut ditindih dahan pokok.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mayat lelaki warga Myanmar itu yang tertimbus dalam kejadian jam 2.51 pagi semalam dan setakat ini belum dikenal pasti identitinya, ditemukan pada jam 5.40 pagi kemudian dan dikeluarkan oleh pasukan bomba sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Komander operasi mencari dan menyelamat (SAR), Wan Zaidi Wan Mokhtar, 52, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands, antara yang terawal tiba di lokasi kejadian, iaitu jam 4.24 pagi semalam.

Menurutnya, mayat mangsa pertama ditemukan dalam keadaan cedera parah di kepala selain bahagian kakinya tersangkut akibat ditindih dahan pokok.

“Kaki mangsa tersepit sedikit pada batang kayu dengan bahagian kepalanya parah. Kami cuba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan yang ada seperti cangkul dan penyodok secara perlahan dan berhati-hati sebab takut mencederakan mayat.

“Selaku pasukan pertama yang masuk, membabitkan keseluruhan enam anggota, keadaan pada masa itu gelap gelita, tidak hujan tetapi berkabus. Pencahayaan hanya berbekalkan lampu suluh dan bimbang juga pada masa itu dengan pergerakan susulan tanah di cerun berkenaan,” katanya.

Sebaik tiba di lokasi, beliau berkata, lokasi runtuhan dilihat dipenuhi timbunan pokok dan selut, sekali gus menyukarkan pihaknya mengesan kedudukan mereka yang tertimbus sebelum menemukan aliran air dari kawasan atas runtuhan ke satu lokasi yang disyaki tapak rumah mangsa.

“Berdasarkan pemerhatian, kami dapati ada takungan air di situ dan dari situlah kami mulakan kerja-kerja mencari mereka yang tertimbus sebelum menemukan mangsa pertama jam 5.40 pagi, kira-kira dua meter dari tapak rumah yang ditimbus.

“Kami jangkakan mangsa memang tertimbus berdekatan rumah memandangkan runtuhan dilihat tidak terlalu ‘mengheret’, bermakna mangsa mungkin tidak jauh dari lokasi tapak rumah yang tertimbus,” katanya.

Wan Zaidi yang sudah menganggotai pasukan bomba sejak 32 tahun lalu, berkata maklumat saksi kejadian yang juga rakan sekerja mangsa turut membantu gerak kerja SAR di tempat kejadian.


Katanya lagi, faktor keadaan sekeliling yang gelap gelita, ditambah risiko keadaan tanah tidak stabil di laluan dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK), memaksa pasukan pertama SAR yang diketuainya berjalan sejauh tiga kilometer untuk sampai di lokasi.

“Ambil masa juga untuk sampai di lokasi dengan berjalan dalam keadaan gelap sebegitu kerana perlu teliti agar tidak tersesat untuk sampai di kebun berkenaan” katanya.

Menurutnya, timbunan kayu pokok besar yang dibawa melalui penggelongsoran tanah menyebabkan operasi SAR di kawasan kebun sayur itu berdepan cabaran dan agak mengambil masa.

“Ditambah dengan keadaan sepanjang laluan dari jalan utama yang tidak membolehkan kenderaan berat digunakan untuk ke lokasi kejadian,” katanya.

Semalam, bomba menerima panggilan kecemasan jam 2.51 pagi berhubung insiden itu yang membabitkan semua lima mangsa warga Myanmar.

Setakat ini, mayat dua mangsa ditemukan, lelaki dengan nama Haphey, 36, dan mayat pertama yang belum dikenalpasti identitinya setakat ini. Operasi mencari tiga lagi mangsa giat dijalankan.

Selain Haphey, empat lagi mangsa ialah isterinya, Om Myue, 38; bapa, Shing Lan Har, 56, serta dua rakan sekerja, Shing Aung, 39, dan Thang Moung, 25, yang dipercayai sedang tidur ketika kejadian.

Difahamkan, hujan melanda kawasan berkenaan sejak Rabu dan bertambah lebat sejak petang Khamis.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori