Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Nabila Huda Bakal Tawan...

HARI ini pelakon Nabila Huda sudah memulakan misi untuk menawan puncak Annapurna, Nepal. Suaminya,...

Bomba Bantu Bawa Turun...

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini membantu menurunkan seorang pesakit...

Lelaki Dituduh Cederakan Polis...

ALOR SETAR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengarahkan seorang lelaki yang...

Keputusan Kes Bunuh Datin...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan esok untuk keputusan kes enam...

Thailand Temui Hampir 15 Juta Tan Litium

BANGKOK : Thailand menemui hampir 15 juta tan deposit litium, sekali gus memberi rangsangan kepada usaha kerajaan menjadi hab serantau bagi pengeluaran kenderaan elektrik.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Penemuan itu menjadikan Thailand sumber litium ketiga terbesar, selepas Bolivia dan Argentina.

Bagaimanapun, masih belum jelas berapa banyak litium yang boleh diteroka secara komersial.

Jurucakap kerajaan, Rudklao Intawong Suwankir, berkata, sebanyak 14.8 juta tan litium diagihkan di antara dua tapak berasingan di wilayah selatan Phang Nga.

“Kami cuba untuk mengetahui berapa banyak yang boleh digunakan daripada sumber ditemui. Ia mengambil masa,” katanya.

Litium ialah komponen utama dalam pembuatan bateri yang digunakan dalam kereta elektrik, telefon pintar dan elektronik lain.


Kerajaan Perdana Menteri Srettha Thavisin, yang mengambil alih pada Ogos lalu, menjadikan keutamaan untuk cuba meningkatkan Thailand sebagai hab pengeluaran serantau, bagi kenderaan elektrik dan pemasangan kereta konvensional.

Ketika mesyuarat Forum Ekonomi Dunia di Davos, Srettha bertemu pemimpin industri termasuk Timbalan Pengerusi Bosch bagi menggesa beliau melabur dalam pengeluaran EV di Thailand.

“Ia berita baik. Ini peluang untuk Thailand berdikari dalam pengeluaran bateri EV,” kata Rudklao mengenai penemuan litium itu.

Pada Disember 2023, dua gergasi EV China berkata, mereka akan melabur 2.3 bilion baht ($64 juta) untuk membangunkan Thailand sebagai hab pengeluaran.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori