Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pemilik Bengkel Motosikal Diberi...

KANGAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran kepada pemilik bengkel motosikal supaya...

Penjara 6 Bulan Jika...

KUALA LUMPUR - Mana-mana kenderaan yang didapati bersalah mengubahsuai ekzos sehingga mengganggu ketenteraman...

Bergambar Dengan Mayat, Penggali...

KETERUJAAN melihat mayat bapa saudara yang ditanam kira-kira 23 tahun lalu bertukar menjadi mumia,...

Bantu Kerajaan Jayakan Program...

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia perlu membantu kerajaan menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan...

Tiada Normalisasi Hubungan Israel Tanpa Negara Palestin

WASHINGTON: Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan menegaskan hubungan dengan Israel tidak boleh dinormalisasikan tanpa penyelesaian isu Palestin.

Dalam satu wawancara dengan CNN semalam, beliau berkata itu satu-satunya cara untuk memastikan kestabilan dan keselamatan tidak tergugat dengan terlebih dahulu menangani isu yang menimpa Palestin ketika ini.

“Itu satu-satunya cara kita akan mendapat faedah. “Jadi ya, kerana kita memerlukan kestabilan dan kestabilan hanya akan menyusul melalui penyelesaian isu Palestin,” katanya.

Baca : Belgium Ikrar Sokong Kes Genosid Difailkan Terhadap Israel

Kenyataan Putera Faisal itu adalah sebahagian daripada wawancara yang dirakam di luar Forum Ekonomi Dunia yang berlangsung minggu lalu di Davos, Switzerland.

Beliau berkata, fokus utama Arab Saudi sekarang adalah meredakan ketegangan konflik di Gaza.


Selain itu, pihaknya komited untuk menghentikan perang yang menyebabkan kematian ramai orang awam.

“Apa yang kita lihat adalah Israel sedang menghancurkan Gaza, penduduk awam Gaza.

“Ini sama sekali tidak perlu dan tidak boleh diterima sama sekali. Ia perlu dihentikan,” tegasnya.

Kementerian Kesihatan Gaza merekodkan lebih 25,000 rakyat Palestin terbunuh manakala 62,000 lagi cedera dalam serangan Israel ke atas wilayah itu sejak perang meletus pada 7 Oktober lalu. – REUTERS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori