Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Umur Persaraan: Menteri Digesa...

1. Kerajaan Pakatan Harapan akan meneliti cadangan untuk meningkatkan had umur bersara mandatori...

Belum Ada Bukti Helikopter...

KUALA LUMPUR - Belum ada sebarang pengesahan berkaitan letupan di udara melibatkan helikopter...

DAP Arah ADUN Sokong...

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu...

Wanita OKU Mangsa Culik...

IPOH - Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang dipercayai mangsa culik ditemukan...

Tun Daim Akan Didakwa Isnin Ini

KUALA LUMPUR[DIKEMAS KINI] Selepas isteri kepada Tun Dr Daim Zainuddin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan tidak mengisytiharkan harta, bekas Menteri Kewangan itu pula dilaporkan akan didakwa atas pertuduhan sama pada Isnin ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menerusi satu kenyataan ringkas, Daim, 86, berkata, perkara itu dimaklumkan selepas keterangannya diambil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat.

“Peguam telah maklumkan bahawa, saya akan didakwa pada 29 Januari atas kesalahan mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009, ia merupakan kesalahan berkaitan dengan pendedahan aset.

“Nantikan saya di mahkamah nanti, ‘so be it’,” kata bekas pemimpin kanan UMNO itu.

Sementara itu, peguam, M Puravalen mengesahkan akan hadir bagi mewakili Daim bersama barisan pembelaan lain.

Pada Rabu lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan sudah memperoleh kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa Daim sejak seminggu lalu.


Katanya, Daim sepatutnya sudah boleh dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mengikut Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, pegawai penyiasat SPRM telah berhubung dengan peguam Daim, namun pihaknya dimaklumkan bahawa bekas Menteri Kewangan itu dimasukkan ke hospital atas alasan yang tidak dinyatakan.

Pada 23 Januari lalu, isteri Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid didakwa sengaja memberikan satu pernyataan bertulis secara bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 bertarikh 8 November 2023.

Notis itu dihantar kepada tertuduh oleh seorang Pesuruhjaya SPRM pada 14 November tahun sama, iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta-harta di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, pada 13 Disember 2023.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori