Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ikrar Rasuah Jangan Hanya...

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh 13 jabatan dan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia...

Perak Tak Halang Penjawat...

IPOH - Kerajaan negeri Perak tidak menghalang penjawat awam untuk bermain golf atau...

Ala J.Lo Malaysia, Klip...

KOLABORASI antara penyanyi Malaysia dan antarabangsa bukanlah sesuatu yang mudah kerana tidak ramai...

Pecah Rumah Exco Belum...

IPOH - Polis setakat ini tidak mempunyai sebarang bukti untuk mengaitkan kejadian pecah...

Tuntutan Harta Lebih RM2 Bilion Jamaludin Jarjis Ditangguh Sementara

KUALA LUMPUR: Prosiding tuntutan harta sepencarian melebihi RM2 bilion yang difailkan balu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis, Puan Sri Kalsom Ismail ditangguhkan sementara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Peguam Syarie, Nur Hidayah A Bakar ketika ditemui pemberita, berkata ia ditangguhkan susulan Kalsom selaku plaintif, memohon supaya keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 September tahun lalu yang memutuskan kes itu diteruskan dengan perbicaraan, disemak oleh Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Tinggi Syariah membuat keputusan itu selepas pihak yang terbabit dalam tuntutan berkenaan gagal mencapai persetujuan penyelesaian.

Nur Hidayah yang mewakili ibu mentua Kalsom, Aminah Abdullah berkata, Mahkamah Rayuan Syariah memerintahkan prosiding digantung sementara pada 24 November tahun lalu selepas Kalsom memohon keputusan Mahkamah Tinggi Syariah disemak dengan alasan terdapat persetujuan penyelesaian daripada semua pihak yang terbabit.

Dalam sebutan kes hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Abdul Shukor Abd Hamid, katanya, mahkamah menetapkan 14 Mac ini bagi pihak untuk memaklumkan perkembangan permohonan semakan berkenaan.


Kalsom, 68, memfailkan tuntutan harta sepencarian termasuk 20 hartanah di Malaysia dan Makkah serta beberapa syarikat pada Oktober 2018, dengan menamakan empat anak dan ibu mentuanya sebagai defendan.

Empat anak Kalsom iaitu Ikwan Hafiz, Nur Anis, Nurul Alyaa dan Noor Adilla serta Aminah dinamakan sebagai defendan pertama hingga kelima dalam tuntutan berkenaan.

Pada 4 April 2015, Jamaludin, yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, ketika itu berusia 64 tahun, bersama lima lagi maut apabila helikopter yang mereka naiki dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih.

Turut maut juruterbangnya Kapten Clifford William .Fournier, Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pegawai peribadi Jamaludin, Razakan Seran serta seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori