Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Golongan Muda Daftar Mengundi...

PUTRAJAYA - Kesedaran dalam kalangan golongan muda berusia 21 hingga 39 tahun untuk...

Kos Pokok ‘Ceiba Codatti’...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu menafikan pembelian pokok 'Ceiba Chodatii'...

Individu Dakwa Terima Suntikan...

SHAH ALAM - Seorang individu membuat laporan polis mendakwa menerima suntikan vaksin jenis...

Kualiti Produk Diperhebat Untuk...

KOTA KINABALU - Kualiti penghasilan produk dan piawaian kualiti di negeri ini perlu...

Wanita OKU Maut Dipukul, Banyak Kecederaan Baharu Dan Lama Ditemui

KUALA LUMPUR: Polis menemukan banyak kesan kecederaan baru dan lama pada badan wanita lembam yang maut dipercayai dipukul, selain ditekap menggunakan seterika di Serdang, pada Ahad lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata terdapat juga banyak komplikasi pada kecederaan mangsa yang juga orang kelainan upaya (OKU) intelektual berusia 20 tahun itu.

“Banyak kesan kecederaan baru dan lama pada tubuh badan mangsa. Banyak juga komplikasi pada kecederaan mangsa.

“Keputusan bedah siasat ketika ini masih menunggu analisis makmal,” katanya dalam kepada media, hari ini.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan berhubung kesan kecederaan itu sama ada akibat terjatuh atau didera, memandangkan mangsa ialah OKU lembam.


Media semalam tujuh individu daripada satu keluarga ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita berstatus OKU intelektual di sebuah rumah di Seri Kembangan dekat sini.

Mereka terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 25 hingga 79 tahun berasal dari Lembah Klang.

Anbalagan dilaporkan berkata, mangsa dipercayai diseterika dan dipukul menggunakan kayu panjang secara berulang-ulang sehingga mati hanya kerana mencubit seorang kanak-kanak.

Katanya, empat suspek direman selama tujuh hari sehingga 28 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala tiga lagi suspek dibebaskan dengan jaminan polis.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori