Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Maut Dilanggar Lori Ketika...

KUALA LANGAT - Tiga lelaki yang sedang menukar tayar bocor maut selepas dilanggar lori...

Selangor Rancang Ambil Alih...

Kerajaan Selangor merancang untuk mengambil alih sebahagian jalan-jalan Persekutuan di kawasan perindustrian yang...

Muhyiddin Tuntut Penjelasan PAS...

Kuala Lumpur : Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menuntut pimpinan PAS malam ini,...

Faye ‘Buka Mulut’, Jelas...

KECOH di media sosial mengenai penyanyi, Elly Mazlein meluahkan rasa kecewa terhadap bekas...

100 Lagi Anggota Ditambah Bantu Gerakan Buru Tahanan Lolos Depoh Imigresen

KUALA LUMPUR: Gerakan besar-besaran dilancarkan bagi memburu dan menahan semula 130 tahanan yang lari dari Depoh Imigresen Bidor, malam tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ia disertai 275 anggota pelbagai agensi seperti Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang dikerah sejurus insiden kira-kira jam 9.50 malam itu.

Pagi ini, seramai 100 lagi anggota daripada Jabatan Imigresen dan PGA ditambah untuk meneruskan misi mengesan tahanan berkenaan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan pihaknya dengan kerjasama beberapa agensi lain giat menjalankan operasi bagi menangkap semula 130 daripada 131 tahanan yang lolos.

“Seorang tahanan telah disahkan meninggalkan dunia akibat kemalangan jalan raya,” katanya.

Beliau juga memohon bantuan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai tahanan yang melarikan diri menghubungi Bilik Gerakan Depot Imigresen Bidor di talian 05-4348736.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Balai Polis Bidor melalui talian 05-4342222 atau Balai Polis Tapah di talian 05-4011222.

Terdahulu, polis mengesahkan seramai 131 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) melarikan diri dari depoh berkenaan, terdiri 115 lelaki etnik Rohingya dan 16 lelaki warga Myanmar.


Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi, berkata maklumat pertama berhubung kejadian diperoleh melalui panggilan yang diterima mengenai kejadian di blok lelaki, di sini malam tadi.

“Seorang lelaki disyaki tahanan yang melarikan diri turut maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia di KM335 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara).

Usaha mencari tahanan yang lolos sedang giat dijalankan termasuk melalui bantuan pegawai dan anggota PGA Batalion 3 Bidor dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak serta JSJ Bukit Aman.

“Setakat ini, belum ada tangkapan terhadap PATI yang lolos itu,” katanya dalam laporan awal.

Susulan kejadian jam 9.50 malam itu, Op Tutup dijalankan membabitkan sekatan jalan raya (SJR) di beberapa kawasan bagi menjejaki semua mereka mereka yang lolos.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 223 dibaca bersama Seksyen 224 KK, dengan usaha mencari tahanan yang lolos sedang giat dijalankan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori