Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Jentera BN PRK Permatang...

BUKIT MERTAJAM - Jentera Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen...

Kelakarnya… Pembangkang Sedia ‘Rampas’...

KUALA LUMPUR - Di sebalik kononnya mahu sistem pilihan raya yang telus, pembangkang...

Kes Pukul Bongkar Tanam...

GOMBAK - Seorang ibu tergamak menggugurkan kandungan berusia lima bulan dan menanam janin...

Resmi Sejagat: Merosot Pasti...

PRESIDEN FAM, Tengku Makhkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, barangkali sudah tenang...

Anggota Kabinet Terbabit Rasuah Wajib Digugurkan – PM Anwar

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa mana-mana anggota Kabinet di bawah pimpinannya yang didapati terlibat dengan salah laku rasuah, wajib digugurkan daripada jawatan mereka.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata tindakan itu bagi menyelamatkan negara daripada gejala rasuah, dan beliau juga telah mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil tindakan terhadap jemaah Menteri yang didapati terlibat dengan salah laku itu.

“Sudah setahun lebih kita memerintah… banyak diserang, tetapi saya tanya di Parlimen dan di luar Parlimen beri satu bukti menteri, perdana menteri sekarang kalau mereka ada rasuah, dan kalau ada, kita siasat, dakwa dan ikut badan kehakiman – hukum.


“Namun tidak ada, dan (selepas) setahun tiga bulan saya ‘tabik’ dengan rakan-rakan, kita boleh beri imej rakan kepimpinan yang bersih daripada rasuah, dan ingatan itu jelas.

“…kalau ada (rasuah), saya akan kata jangan tanya saya, persila ambil tindakan dan orang berkenaan wajib digugurkan, baru negara selamat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Pencegahan Rasuah Kebangsaan 2024 di sini hari ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori