Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kecoh Program Realiti Masakan...

LONDON - Sebuah rancangan pertandingan realiti masakan popular televisyen menjadi sensasi dalam kalangan...

SPRM Sah Penderma RM2.6...

PUTRAJAYA - Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion...

Plaza Tol Gopeng Tutup...

KUALA LUMPUR - Laluan masuk Plaza Tol Gopeng di Lebuhraya Utara-Selatan ditutup kepada...

Lelaki Warga Asing Disyaki...

KUCHING - Seorang lelaki warga Indonesia disyaki maut terkena kipas sebuah kapal di...

Awas – LHDN Ambil Tindakan Ke Atas Pihak Simpan Duit Di Luar Negara Tanpa Bayar Cukai

KUALA LUMPUR – Mana-mana individu tempatan yang menyimpan wang di luar negara tanpa membayar cukai yang sepatutnya atau membuat laporan tidak telus berhubungnya bakal berdepan dengan tindakan tegas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tahun ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Peringatan itu diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin di sini hari ini.

“HASiL (LHDN) juga akan meneliti maklumat individu yang menyimpan wang di luar negara yang diterima secara berkala daripada ‘tax authority’ seluruh dunia.

“Semakan dan risikan akan dilaksanakan bagi memastikan cukai telah dibayar terhadap simpanan yang berada di luar negara, sekiranya simpanan tersebut berpunca atau hasil daripada aktiviti di dalam negara.

“Jika ada indikasi ketidak patuhan cukai, kes akan disalurkan kepada team audit dan siasatan untuk tindakan lanjut,’ katanya ketika berucap sempena Sesi Libat Urus Bersama Media Tahun 2024 LHDN.

Hadir sama pada program itu Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), Datuk Wan Ramiza Wan Ghazali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Datuk Hisham Rusli, Pengarah-Pengarah Jabatan dan Negeri serta wakil-wakil media.

Langkah itu jelas Dr Abu Tariq merupakan sebahagian daripada usaha LHDN untuk memastikan sasaran kutipan sebanyak RM197 bilion oleh LHDN seperti yang ditetapkan dalam Belanjawan 2024 dapat dicapai.

Tegas beliau, inisiatif berkenaan selari dengan matlamat LHDN bagi meningkatkan audit dan siasatan terhadap kategori pembayar yang dikenal pasti mempunyai risiko pelarian cukai.

Katanya, fokus juga akan diberikan terhadap individu-individu yang mempunyai aset dan kekayaan yang tidak setimpal dengan pelaporan cukai yang dibuat.

“Di bawah undang-undang, LHDN boleh membuka kembali sesuatu kes bagi tempoh lima tahun kebelakang dan jika ada elemen kecuaian dan penipuan tiada had masa ditetapkan,” jelasnya.


Tambah beliau, LHDN juga akan memberi tumpuan khusus kepada mana-mana individu atau syarikat yang menjana pendapatan melalui aktiviti dalam talian bagi mengenal pasti sama ada pelaporan cukai telah dibuat terhadap pendapatan yang diterima melalui medium tersebut.

“Pihak LHDN mempunyai maklumat dan data bagi kategori ini dan akan menghubungi mereka bagi memastikan pelaporan pendapatan telah dilaksanakan,” katanya.

Beliau yang dilantik ke jawatan KPE atau CEO pada Disember tahun lepas berkata, kutipan tahun 2023 adalah sebanyak RM 183.3 billion iaitu peningkatan sebanyak RM7.8 billion dari tahun sebelumnya atau peningkatan sebanyak 4.49 peratus.

“Jumlah kutipan ini sebenarnya adalah yang tertinggi dalam sejarah kutipan cukai langsung negara,” jelas beliau dalam ucapan yang sama.

Ketika ditemui media selepas itu, beliau menambah, LHDN juga pada tahun ini akan memberi tumpuan membabitkan ekonomi bayangan, khususnya warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan atas nama sendiri atau atas nama rakyat tempatan.

Dr Abu Tariq berkata aktiviti ekonomi bayangan sering dikaitkan perniagaan tidak berdaftar dan berlesen yang tidak membuat perisytiharan cukai termasuk pekerja sambilan yang menerima bayaran atau gaji secara tunai bagi mengelakkan pelaporan pendapatan dan bayaran cukai pendapatan.

Beliau berkata, adalah wajar warga asing yang turut sama menikmati segala kemudahan infra, keselamatan dan pembangunan di Malaysia menyumbang kepada hasil negara.

“Seperti yang kita ketahui, memang aktiviti ekonomi warga asing ada yang berkemungkinan wajar dikenakan cukai. Justeru, kita hendak buat tindakan bagi memastikan semua ini membayar cukai sekiranya mereka telah sampai ke paras ambang yang mereka perlu membayar cukai.

“Kita pastikan bukan saja warga asing itu saja tetapi orang di belakang mereka. Banyak warga asing yang menggunakan lesen orang tempatan dan sebagainya, jadi orang tempatan itu juga kita akan buat semakan sama ada mereka telah mematuhi undang-undang percukaian,” katanya.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori