Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Segera Lapor Kalau Nampak...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri...

Duti Eksport Minyak Sawit...

SANDAKAN – Duti eksport minyak sawit mentah ditangguhkan bermula 1 Mei hingga 31...

Keadaan Muhammad Adib Masih...

SHAH ALAM - Keadaan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah...

Adam PKR ‘Sembunyi’ Aset...

SELEPAS pendedahan kontroversi mengenai kemewahan hartanya terbongkar, Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Ampang,...

Budak Maut Ditimpa Dinding Konkrit: JKM Sedia Khidmat Kaunseling Buat Keluarga

ALOR SETAR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah bersedia memberikan khidmat kaunseling kepada keluarga kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang maut selepas ditimpa dinding konkrit di rumahnya di Kuala Ketil, Baling pada Isnin lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Exco Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kedah, Datuk Halimaton Shaadiah Saad berkata, pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Baling sudah pun hadir ke rumah ibu bapa mangsa untuk menyediakan laporan siasatan.

Menurutnya, pegawai psikologi telah mengesyorkan sesi kaunseling kepada keluarga mangsa dan Tabung Bantuan Segera (TBS) sebanyak RM300 diberikan untuk meringankan beban keluarga terbabit.

“Bantuan bersesuaian akan diberikan kepada keluarga mangsa jika memenuhi syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Pada Selasa, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut akibat ditimpa batu bata daripada dinding yang runtuh dalam kejadian di rumahnya, di Kampung Padang Lalang Besah, Mukim Tawar, Kuala Ketil, Baling.


Mangsa, Wan Abdul Aziz Wan Mohd Solehuddin, 8, mengalami cedera parah pada anggota badan dan kepala disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Tawar.

Adik mangsa, Wan Mohd Baihaqi, 4, pula hanya mengalami cedera ringan di belakang badan akibat kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, keterangan ibu bapa mangsa masing-masing berusia 30 dan 39 tahun itu telah diambil pada hari kejadian dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori