Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kes LGE: Peguam Minta...

PUTRAJAYA - Seorang peguam Datuk Abu Backer Sidek membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan...

Muka, Badan Melecur Selepas...

"HANYA Tuhan yang tahu betapa sakitnya saya," - demikian yang diluahkan seorang ibu...

Anggota Polis Dituduh Minta,...

JOHOR BAHRU - Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Kebakaran Memusnahkan Pasar Ikan...

TOKYO - Kebakaran berlaku dipasar ikan terkenal, Tsukiji, yang juga terbesar di dunia...

CEO Aman Palestin Nafi Menipu, Pecah Amanah Dana RM39.5 Juta

Shah Alam: Pengerusi Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dan seorang pengarah syarikat pelaburan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas 164 pertuduhan pengubahan wang haram, menipu dan pecah amanah membabitkan dana berjumlah RM39.5 juta.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bagaimanapun, Abdullah Zaik Abdul Rahman, 58; Awang Suffian Awang Piut, 52; serta Khairudin Mohd Ali, 49, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.

Pada 8 Januari lalu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, mengesahkan siasatan terhadap Aman Palestin tertumpu mengenai wang dibelanjakan pertubuhan itu termasuk perbelanjaan penubuhan beberapa syarikat.

Katanya, turut disiasat mengenai pelaburan jongkong emas oleh Aman Palestin dan penerimaan wang yang didakwa sudah diagihkan kepada penerima bantuan di beberapa negara termasuk Palestin dan Syria.


November lalu, SPRM mengesahkan membeku 41 akaun Aman Palestin dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.

Ia berhubung siasatan agensi penguatkuasaan itu terhadap dakwaan syarikat pertubuhan amal berkenaan menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober lalu.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori