Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Staf RHB Diberi Gaji...

APA yang berlaku kepada gaji pekerja RHB Bank pada bulan ini pasti membuatkan...

Kamal Belum Bagi Cincin,...

SUDAH lama bercinta tak semestinya kena cepat-cepat mendirikan rumah tangga... Tapi kalau dah...

Kementerian Pendidikan Kenal Pasti...

SEREMBAN - Kementerian Pendidikan telah mengenal pasti sekolah yang mempunyai infrastruktur yang kurang...

Tindakan Pantas DBKL Dipuji...

TINDAKAN pantas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap mangsa-mangsa yang terlibat dengan insiden...

Disogok RM1.7 Juta: ‘Tak Sampai Satu Jam, Saya Terima Mesej SPRM’ – Wan Saiful

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendedahkan beliau diarahkan untuk menghubungi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) selepas menerima mesej daripada pegawainya berikutan pendedahan mengenai ajakan menyokong Perdana Menteri.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Wan Saiful yang juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, beliau akan patuh kepada arahan yang diberikan oleh pihak SPRM.

“Tak sampai satu jam selepas saya berucap, saya dapat mesej daripada pegawai SPRM minta saya hubungi mereka. Saya akan patuh,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa beliau telah dihubungi oleh beberapa individu yang menggugutnya untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa, selepas berkali-kali dihubungi, beliau ‘akur’ untuk mengadakan pertemuan, bermula pada 17 Januari lalu di sebuah hotel di Bukit Bintang, ibu negara.

Dakwa beliau, dalam beberapa siri pertemuan tersebut, individu berkenaan menawarkan habuan sebagai balasan sokongan kepada Perdana Menteri, antaranya peruntukan Parlimen sebanyak RM1.7 juta.


Pun begitu, Wan Saiful dalam kenyataannya memaklumkan bahawa, beliau menjangkakan pendedahan itu akan dinafikan.

“Tak apalah, kita faham mereka terpaksa ‘spin’,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut mempersoal tindakan yang sepatutnya diambil untuk menghentikan penyalahgunaan wang rakyat sebagai umpan kepada Ahli Parlimen Bersatu.

Jelasnya, lebih baik wang berkenaan digunakan untuk menjaga kebajikan rakyat dan bukan dijadikan sebagai umpan.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori