Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

28,000 Sukarelawan Bersihkan Alam...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 28,000 belia bergotong-royong hari ini membersihkan alam sekitar di...

Putera Harry, Meghan Bergelar...

SELEPAS beberapa bulan melakukan persediaan, akhirnya Putera Harry dan Meghan Markle selamat melangsungkan...

SEA-H2X: Malaysia Terlepas Satu...

KUALA LUMPUR : Sarawak bakal merasai tahap kelajuan internet rangkaian 5G menerusi satu...

Lebih 100 Mayat Dikebumi...

GAZA: Seorang penggali kubur di Gaza terpaksa mengebumikan sehingga 137 mayat dalam satu...

Dr Mahathir Mungkin Tidak Sertai RCI Batu Puteh

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan tidak akan menyertai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan jika ia terus diterajui oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Peguam kepada Dr Mahathir, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, pihaknya tiada pilihan lain kecuali menasihatkan Dr Mahathir untuk tidak menyertai RCI terbabit atas alasan Tun Md Raus mempunyai konflik kepentingan dalam kes berkenaan.

“Sesuatu RCI itu sewajarnya dilihat bersih dan tidak memihak agar orang awam tidak akan mempersoalkan kewibawaan dapatan RCI terbabit.

“Namun, pelantikan Tun Md Raus sebagai pengerusi RCI Batu Puteh ini telah mewujudkan satu bahaya bias yang sebenar yang akan mencemarkan keseluruhan prosiding RCI terbabit serta akan menjejaskan kewibawaan dapatannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Rafique berkata, umum mengetahui bahawa RCI Batu Puteh adalah berkenaan keputusan Kerajaan Persekutuan pada 31 Jun 2018 untuk menarik balik dua permohonan semakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap keputusan ICJ pada 23 Mei 2008 dan Dr Mahathir adalah Perdana Menteri pada masa keputusan terbabit dibuat.

“Pelantikan Tun Md Raus sebagai Pengerusi RCI Batu Puteh berkenaan jelas bertentangan dengan prinsip keadilan asasi memandangkan Tun Md Raus adalah pihak yang amat berkepentingan.


“Pada 2017, Dr Mahathir memfailkan satu semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keabsahan pelantikan Tun Md Raus sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan kerana Tun Md Raus Sharif telah mencapai usia 66 tahun dan enam bulan (rujuk Tun Dr Mahathir bin Mohamad v Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak & Ors [2018] 8 MLJ 297).

“Pada 15 Mei 2018, Tun Md Raus telah bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyatakan hasratnya meletak jawatan Ketua Hakim Negara.

“Tun Md Raus Sharif kemudiannya mengutus surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun 2018 yang mana diperkenankan oleh YDPA pada 11 Jun 2018,” katanya.

Katanya, oleh sebab-sebab sedemikian dan atas nama keadilan bagi Dr Mahathir, pihaknya memohon agar kerajaan menggantikan Pengerusi RCI dengan seorang yang tidak berkonflik kepentingan, atau dalam maksud mencari kebenaran adalah wajar Tun Md Raus menarik diri dari posisi terbabit.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori