Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Bapa Syed Azmi...

Hari ini, penganjur 'I Want To Touch A Dog', Syed Azmi Alhabshi telah...

Mangsa Banjir Di Kelantan...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 3,774 orang...

SPRM Kelantan Tahan 2...

KOTA BAHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan dua anggota polis...

Rakyat Malaysia Kutuk Kekejaman...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia mengutuk rejim Amerika Syarikat (AS) dan Rusia kerana...

EU Dijangka Iktiraf Minyak Sawit Mampan Malaysia

Kuching: Industri sawit negara dijangka menerima khabar positif berhubung Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) daripada Kesatuan Eropah (EU) tidak lama lagi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau dimaklumkan EU dijangka mengiktiraf MSPO sebagai salah satu proses dalam pengauditan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Menurutnya, ini bermakna Malaysia kini dalam landasan tepat untuk mendapatkan pengiktirafan MSPO dan apabila dicapai ia akan membuka peluang yang baik kepada pekebun kecil sawit.

“Saya dimaklumkan mengenainya oleh delegasi EU yang menghadiri sesi sumbang saran (brainstorming) di Kuching hari ini.

“Mereka kata, peluang MSPO untuk diiktiraf di dalam EUDR amat cerah dan ia akan diumumkan secara rasmi oleh pemimpin EU tahun ini, mungkin sebelum bulan Jun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Geran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kawasan Parlimen Petra Jaya Bagi Tahun 2024 di sini, hari ini.

Mei tahun lalu, Fadillah mengetuai delegasi Malaysia bersemuka dengan pemimpin negara anggota EU di Brussel, Belgium, untuk memastikan produk sawit yang dieksport ke EU tidak disekat apabila EUDR dilaksanakan.


Mengulas lanjut, Fadillah berkata, ketika ini EU sedang dalam proses pengauditan EUDR dan salah satu daripada yang dinilai ialah prosedur Malaysia dalam memastikan kelestarian industri sawit.

“Saya kata (dalam pertemuan di Belgium) Malaysia ada MSPO dan EU perlu mengiktirafnya supaya mereka tidak perlu melalui proses pengauditan kepada setiap produkatau syarikat (Malaysia) yang mengeluarkan produk bukan sahaja yang berasaskan sawit tetapi juga produk koko dan balak, memadai dengan pengesahan MSPO,” katanya.

Mengenai sesi sumbang saran EU di Kuching yang dihadiri lebih 100 syarikat Eropah, Fadillah berkata, ia diadakan selama lima hari bagi melihat potensi pelaburan di Sarawak.

“Sepanjang berada di Kuching, mereka akan mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

“Hari ini mereka berjumpa dengan saya untuk melaporkan hasil sesi sumbang saran yang mereka jalankan.

“Mereka melihat bahawa Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030) yang dibangunkan kerajaan Sarawak sama ada dalam konteks ekonomi digital dan tenaga hijau adalah satu peluang untuk EU melabur dan mereka amat berminat… itu yang mereka maklumkan kepada saya,” katanya.

HarianMetro-

1 komen

  1. Wow, superb blog structure! How lengthy have you ever been blogging
    for? you make blogging look easy. The entire glance of your site is
    excellent, let alone the content! You can see similar here sklep

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori