Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Annuar Doakan Kemenangan JDT...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar...

Al-Quran Ditumbuhi Pokok Bunga...

SIMUELUE (Indonesia) - Pasangan suami isteri di wilayah Aceh terkejut besar selepas mendapati...

Malaysia, Australia Kongsi Maklumat...

CANBERRA - Malaysia dan Australia akan berkongsi maklumat risikan bagi menangani isu berkaitan...

10 Saranan Anak Muda...

PEJAM celik pejam celik, dalam tempoh 3 tahun, Wawasan 2020 akan sampai kepada...

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

Kuala Lumpur : Prasarana Berhad (Prasarana) akan mengambil tindakan undang-undang dan menuntut pampasan RM38 juta terhadap pemilik dan pemaju hotel yang menyebabkan kerosakan struktur jejambat dan landasan berhampiran Stesen LRT Bandaraya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, jumlah itu termasuk kos pembaikan dan juga perkhidmatan bas perantara selepas kira-kira setahun tidak beroperasi.

Laluan Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya ditutup sejak 27 Januari tahun lalu menyebabkan gangguan perjalanan kepada 184,000 pengguna pada hari bekerja.

“Insiden ini menyebabkan gangguan amat teruk dan Prasarana melantik jururunding bebas untuk memperbaiki struktur berkenaan.

“Kita kesal dengan kejadian ini dan berharap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melibat urus Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Prasarana sebelum meluluskan sesuatu projek pembinaan yang berdekatan dengan stesen atau landasan pengangkutan awam.


“Dalam hal ini, kita tidak salahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang meluluskan pembinaan hotel berkenaan tetapi kami dimaklumkan pemaju memulakan kerja pembinaan sebelum Prasarana memberi kelulusan,” katanya di Stesen Bandaraya, hari ini.

Anthony ditemui ketika meninjau hari pertama pembukaan stesen LRT Bandaraya di sini hari ini.

Pada 27 Januari lalu, perkhidmatan LRT laluan Ampang mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen Bandaraya selain kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan dipercayai disebabkan kerja-kerja pembinaan di kawasan bersebelahan.

Susulan itu, Rapid Rail terpaksa menutup laluan antara stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya dan penumpang LRT terpaksa menggunakan laluan alternatif termasuk bas bagi meneruskan destinasi masing-masing.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori