Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

KP Baru SPRM Anggap...

PUTRAJAYA - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri...

Banjir Pulau Pinang Soal...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan isu banjir...

Dakwaan DAP Johor Sekadar...

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru hari ini membidas kenyataan...

358,233 Kenderaan Belum Tukar...

PUTRAJAYA - Sebanyak 358,233 kenderaan merangkumi jenama Toyota, Nissan, Honda, BMW, Mitsubishi, Subaru,...

Gaza Jadi Zon Maut, Kata Ketua WHO

NEW YORK – Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang ‘tidak berperikemanusiaan’ kini berlaku di seluruh Gaza dengan keadaan terus merosot, menurut ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, Gaza umpama sebuah zon maut.

“Sebahagian besar wilayah telah musnah. Lebih 29,000 orang terbunuh dan ramai lagi hilang atau dianggap meninggal dunia manakala ramai lagi penduduk cedera,” katanya dalam sidang media.

Kekurangan zat makanan yang teruk telah meningkat secara mendadak di seluruh Semenanjung Gaza sejak konflik bermula, meningkat daripada kurang satu peratus penduduk kepada lebih 15 peratus di beberapa kawasan.


“Angka ini akan meningkat lebih lama perang ini berlangsung dan bekalan terputus,” kata Tedros.

Ketua WHO itu turut menyuarakan kebimbangan mendalam apabila agensi-agensi seperti Program Makanan Sedunia (WFP) tidak dapat akses ke wilayah di utara Gaza.

Beliau turut mengulangi risiko serius yang dihadapi oleh pekerja bantuan dan menekankan kepentingan untuk memastikan keselamatan mereka.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori