Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Peluru Mortar Pemberontak Houthi...

ADEN - Lima orang terbunuh apabila peluru mortar yang ditembak oleh pemberontak Houthi...

Indonesia Mara Ke Final

KUALA LUMPUR : Indonesia menempah tiket ke final Piala AFF 2020 apabila menyingkirkan...

Mangsa Banjir Di Pitas...

Pitas : Jumlah mangsa banjir bagi daerah Pitas meningkat kepada 719 orang membabitkan...

Cerita Kahwin Anak VVIP...

PELAKON Nadia Brian menafikan dakwaan yang dia bakal berkahwin dengan seorang anak VVIP...

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

KUALA LUMPUR – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) akan menjalankan siasatan terhadap anggota juruiring bermotosikal yang menahan aliran trafik membabitkan kenderaan berat secara tiba-tiba.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya sudah mengarahkan JIPS untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sudah menyerahkan kes berkenaan kepada Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Justeru, Polis Kontinjen Kuala Lumpur menerusi JIPS akan menjalankan siasatan dan tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, pada Isnin.

Kejadian itu tular selepas satu klip video berdurasi 35 saat dipercayai rakaman kamera papan pemuka kenderaan berat berkenaan dimuat naik di media sosial.


Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan tindakan juruiring terbabit sebagai berbahaya memandangkan kenderaan berat secara amnya memerlukan jarak sesuai untuk memberhentikan kenderaan.

Tindakan memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba dikhuatiri boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya atau lebih parah berlaku kematian.

Berdasarkan tarikh pada rakaman, kejadian dipercayai berlaku pada Selasa lalu di susur keluar sebuah lebuh raya.

Video berkenaan yang dikesan tular sejak Jumaat kini sudah mencecah jutaan jumlah tontonan di media sosial.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori