Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Arab Saudi Sahkan Anwar...

SHAH ALAM - Kedutaan Besar Arab Saudi mengesahkan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk...

Warga Emas Tumbuk Polis...

KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas bukan sahaja memandu secara berbahaya tetapi turut bertindak...

BN Mesti Mula Serangan...

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) kini mesti mula lebih banyak menyerang dan...

Bajet: DPMM Harap Kaji...

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berharap kerajaan mengkaji semula peningkatan...

Kebocoran Gas Ammonia: Keadaan 18 Mangsa Termasuk Dua Ibu Hamil Stabil – KKM

CYBERJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 18 mangsa yang sedang dirawat di tiga hospital sekitar Lembah Klang susulan insiden kebocoran gas ammonia di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7, Shah Alam semalam dalam keadaan stabil.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata 10 mangsa dimasukkan ke Hospital Shah Alam dan lima lagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah manakala tiga di Hospital Sungai Buloh.

“Keadaan mereka stabil, 14 daripada mereka mengalami gejala ringan yang boleh dirawat seperti pesakit luar. Empat mangsa lagi termasuk dua ibu mengandung dimasukkan ke dalam wad bagi pemantauan, namun tiada kemasukan pesakit ke unit rawatan rapi,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia hari ini.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar semalam dilaporkan berkata pihaknya menerima panggilan jam 11.15 pagi dan mendapati terdapat kebocoran gas ammonia daripada injap tangki penyimpanan gas tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata siasatan awal mendapati kebocoran berlaku apabila jentera pengangkat terlanggar injap satu tangki ammonia, ketika kerja mengalihkan tangki tersebut, manakala pihak kilang telah menghubungi vendor untuk pembaikan injap terbabit dan operasi tamat pada 6.30 petang Jumaat.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori