Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Esscom Cadang Pos Kawalan...

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) telah menyarankan kepada...

UPSR BOCOR: Hanya Guru...

PUTRAJAYA - Kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya melibatkan...

KDN Cadang JPA Semak...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menghantar 13 cadangan elaun tambahan...

Jurukamera RTM Cedera Ditembak...

GEORGE TOWN – Jurukamera RTM, Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer yang cedera dalam...

Kes Sanusi Dipindah Ke Mahkamah Tinggi, Tarikh Bicara Baharu Akan Diberi Kemudian

SELAYANG: Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini, mengosongkan tarikh perbicaraan membabitkan dua tuduhan menghasut yang dihadapi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang sepatutnya bermula minggu depan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malek Ayob memaklumkan kepada mahkamah, bahawa permohonan Muhammad Sanusi pada 11 Januari lalu untuk menggantung prosiding perbicaraan itu kini bersifat akademik.

Abdul Malek berkata, ia kerana Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Aslam Zainuddin semalam sudah membenarkan permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneris itu untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi.

Perkara itu turut disahkan peguam bela, Mohd Tajuddin Abd Razak yang memohon supaya tarikh berkenaan dilapangkan dan memaklumkan, kedua-dua pihak sedang menunggu tarikh pengurusan kes baharu daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Berikutan itu, Hakim Mahkamah Sesyen Nor Rajiah Mat Zin kemudian memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi.

“Susulan itu, tiada keputusan akan diberikan bagi permohonan ini (menggantung prosiding), maka tarikh perbicaraan pada bulan Februari dan Mac, dilapangkan,” katanya.


Pada prosiding hari ini juga, kehadiran Muhammad Sanusi dikecualikan oleh mahkamah.

Pada 11 Januari lalu, Muhammad Sanusi mengemukakan permohonan untuk memindahkan kes dihadapinya ke Mahkamah Tinggi dan menggantung perbicaraan yang dijadualkan 5 Februari ini di Mahkamah Sesyen.

Permohonan terbabit dibantah pendakwaan yang dinamakan selaku responden, dengan mendakwa Muhammad Sanusi sengaja melengah-lengahkan prosiding kes.

Pada 18 Julai 2023, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) didakwa menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pada jam 11 malam, 11 Julai tahun sama.

Kedua-dua kesalahan itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori